Supaya hidangan sambal sedap paling penting untuk disediakan adalah stok cili. Untuk mudah dan sedap boleh ikut cara Nurul Ateekah yang berkongsi teknik membuat cili kisar warisan ibu mentua yang juga peniaga nasi berlauk serta pelbagai hidangan mi.
Paling menarik cili kisar ini dicampur sekali dengan bawang dan ramuan sambal lain supaya memudahkan kerja memasak. Nak masak ceduk saja. Ia juga boleh tahan selama sebulan.
Cara buat stok cili kisar supaya sambal tumis jadi sedap
Cili kisar ini diajar oleh mak mertua saya, yang juga dulu seorang peniaga nasi berlauk, pelbagai jenis mi di Singapura. Wangi aroma tumisan cili ini bila dimasak. Ia juga senang, mudah nak diguna bila-bila masa nak masak.
Bila dah ada cili kisar macam ini nak buat lauk jenis sambal, masak kicap, rendang, jenis goreng semua jadi mudah. Cili kisar ini boleh tahan selama 1 bulan, dan tidak berbau, ia juga kurang pedas.
Bahan-bahan:
150gram cili kering kerinting
2 labu bawang putih
5 biji bawng besar
2 cm halia
1 batang serai
1 cm kunyit
4 sudu besar minyak masak
Cara membuat:
Ads
1. Gunting cili kering dan rebuskan sehingga lembut.
2. Apabila sudah lembut, toskan airnya dan bilas cili yang telah direbus tadi (sebab cili kering kadang-kadang ada warna-warna hitam, serbuk-serbuk putih, kadang-kadang ulat pun ada.
3. Kupas bawang putih dan bawang merah dan potong bawang agar senang dikisar.
4. Masukkan ke semua bahan, kisar dengan sedikit air dan minyak. Kisar sehingga lumat.
(Letak minyak boleh membantu cili kisar tahan lama, tidak berbau dan bila kisar, cilinya tidak berbiji serta cilinya betul-betul hancur).
5. Simpan dalam bekas dan masukkan dalam peti sejuk.
Ads
Cara masak sambal sotong agar tak kecut
Ini contoh saya masak sotong sambal mengggunakan cili kisar tadi. Ada sekali tip masa masak sambal sotong yang sedap.
Pokok cili antara pokok yang sukar untuk ditanam. Bermula ketika proses semaian sehinggalah kepada menuai. Kalau nasib baik, mungkin dapat rasa hasil tanaman sendiri. Kalau tidak gigit jari, nak tak nak kenalah beli di pasar sahaja.
Pokok cili antara yang selalu di tanam di rumah. Biasanya pokok memang akan hidup cuma masalah yang dihadapi cili tak banyak atau tak lebat dan selain selalu kena serangan serangga.
Kalau nak hasil cili yang lebat selain pokok cili yang ditanam tahan penyakit boleh ikut petua yang dikongsi oleh Izham Alias.
Menurutnya pokok cili memerlukan penggalak tanaman bertindak sebagai penguat kepada ketahanan pokok dari serangan serangga dan penyakit selain lebat cilinya.
Jangan pelik ya sebab bahan utamanya adalah belacan!
Cara buat penggalak tanaman untuk pokok cili
Bahan:
Belacan – 100g
Gula molases / gula merah – 100g
Air tanpa klorin (air hujan, air perigi, tapisan) – 500 mL
Kuantiti ini jika pokok cili yang ditanam banyak.
Cara buat:
Rendam belacan di dalam bekas berisi air 500 mL. Kacau sehingga larut.
Kemudian masukkan gula merah / molases. Kacau sehingga sebati.
Tutup dengan kain kasa bekas tersebut.
Peram selama sebulan.
Selepas diperam, kacau dan tapis. Ambil pati penggalak tersebut.
Cara penggunaan:
Campurkan 10 mL pati penggalak + 2 L air biasa
Sembur pada daun, batang, dan tanah waktu pagi sekitar 7am-10am, seminggu sekali
Selain pokok cili, penggalak tanaman ini boleh disembur pada tanaman sayuran lain.
Melihat wayar yang berselirat di bahagian kabinet tv atau meja komputer boleh menyakitkan mata terutama bagi yang pengemas.
Tak puas hati selagi nampak masalah wayar tak teratur. Bagi mengatasi masalah ini perkongsian idea daripada Khalidah Khairizam boleh membantu.
Sebenarnya ada banyak alat yang boleh kita gunakan untuk uruskan wayar tv, sound system, wifi, yang selalu diletakkan di satu tempat hingga buat ia nampak tak terurus.
Antaranya menggunakan Cable Management Panel dan juga Wire Holder Clip Cable.
Guna alat ini
Panel hitam itu Cable Management dan pek kecil putih itu clip cable.
2. Cable Management Panel, lekatkan guna double sided di belakang kabinet. Kemudian masukkan semua cable dalam ni. Penutup depan panel ini boleh sile untuk buka.
3. Kemudian kita kemaskan wayar berselirat itu guna clip cable. Cuma tampal sebab di belakangnya memang dah ada double sided.
4. Extension plug boleh lekat guna double sided juga di belakang kabinet. Boleh guna brand 3M.
Bila wajah tumbuh jerawat, kita semua mula tercari-cari produk untuk selesaikan masalah kulit. Tapi tak pernah terlintas kat fikiran kita untuk guna balik produk lama yang mak dan nenek kita guna sebagai penyelesaian.
Kita sanggup ambil produk yang mahal sebab rasa itulah yang akan berkesan. Hmmm tapi sebenarnya tak juga. Cuba lihat cara Marina Saringat ini.
Bila kulitnya bermasalah, tumbuh jerawat bedak nyonya inilah yang dicari. Jerawat pula jenis yang kecil dan banyak sampai buat kulit macam menggerutu.
Tapi lepas penat cari soluso dia nekad pakai bedak ini dan ternyata berkesan untuk rawat masalah kulitnya. Macam mana dia buat? Boleh ikut cara Marina.
Tip kurangkan pertumbuhan jerawat yang suka tumbuh tanpa rela!
Kita suka pandang rendah bila tunjuk produk lama. Kadang-kadang yang baru ada kerana manfaat dan kebaikkan daripada produk yang lama.
Bila cakap bedak Samfong a.k.a bedak batu ataupun bedak nyonya memang nostalgik giler kan. Yelah, nilah bedak opah opah kita and ibu ibu kita. Memang lejen sangat. Kalau tengok kulit opah atau nenek kita. Awet mudakan? Gebu kan? Jelita dengan tersendiri kan?
Ha… rahsianya bedak inilah!
2 minggu berturut sebenarnya kulit ari tumbuh jerawat. Memang jerawat is biasa. Tapi ni jerawat kecil kecil yang menggerutu. Makin tumbuh tumbuh dan tumbuh. Aduuhh mak aiii, sakit. Asalnya sebab berpeluh dimuka, muka jadi gatal gatal dan menyakitkan
Cari punya cari solusi, ari nekad. Terai bedak nyonya ni. Yess, bedak nyonya ni ari pakai as mask dan juga tak lupa tips sebelum ni tepung dan limau. Memang kerap dan rajin buat dua tips ni.
Alhamdulillahh, getting better. Plussss, kulit jadi makin pelolesss. Heyyyy, rasa nk lompat bintang tau bila skin dah sihat and paling best jerawat makin malu nak tumbuh! Hihih
Okeyyhh tak nak banyak cerita. Ari nak share tips mudah nih!
Cara-cara:
1. 1/2 sudu kecil bedak Nyonya
2. Sedikit air suam (pastikan dalam keadaan suam sedikit ye)
3. Campurkan dengan bedak nyonya. Pastikan tesktur tak terlalu cair untuk disapukan pada kulit. (Bau makin harummmm tau tenang je, hilang stress).
4. Sapukan pada kulit. Pastikan muka dibersihkan terlebih dahulu.
5. Tunggu kering dalam 15 minit atau semalaman.
6. Cuci dan rasakan perbezaan!
Amalkan setiap hari, kalau busy dan malas bebeno, 3 kali seminggu secara bergilir.
Bagi yang ada masalah jerawat dan buntu cara jalan penyelesaian boleh cuba cara ni ya. Senang dan jimat juga.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...