Selalu buat telur dadar kita terus pecah telur, letak garam dan tambah bawang atau cili sikit dan terus goreng. Ini pun dah sedap.
Tapi untuk telur dadar kita jadi lebih sedap, crispy dan gebu kat dalam boleh ikut pula cara yang dikongsi oleh Fika Chan
ini.Rupanya untuk hasilkan telur dadar yang sebegini kena tambah lagi dua bahan iaitu cuka dan air.
Caranya
1. Pecahkan 2 biji telur
2. Masukkan bawang holland yang dicincang.
3. Masukkan garam, serbuk Cukup Rasa
4. Letak juga 1 sudu cuka dan 1 sudu air
5. Kemudian pukul sampai kembang dan berbuih
6. Panaskan minyak, guna minyak banyak
7. Bila minyak dah panas, tuang bancuhan telur tadi.
8. Balikkan bila bahagian bawah bertukar warna.
9. Bila sebelah lagi bahagian masak, angkat dan tos minyak.
10. Sedia dinikmati, rangup di luar dan gebu di bahagian dalamnya.
Boleh tonton video Fika ini untuk lebih jelas.
@fikachan97 Cikka dah cuba macam2 cara, tapi ni resepi paling best untuk telur dadar. Crispy kat luar, gebu kat dalam 😋 #resepi #telurdadar #tips #trick ♬ Talking to the Moon – Bruno Mars
Selamat mencuba.
Sumber: Fika Chan