Tip Buat Tembok Bata Cantik & Kemas. Tukang Kongsi Cara Pilih & Ikat, Guna Bata Merah Biasa Saja

Share

Cantik sungguh dinding bata merah macam ni. Mesti ada yang teringin untuk buat di kediaman sendiri.

Bagi yang ada kemahiran bertukang mungkin boleh cuba buat sendiri mengikut panduan yang dikongsi oleh tukang Mohd Helmy Ismail. Beliau hanya menggunakan bata merah biasa saja untuk membuat dinding ini dan bukan bata merah cantik atau facing brick.

Beliau turut berkongsi tip pemilihan bata merah yang sesuai dan tip ikat bata yang digunakan.

Tip buat tembok bata merah, cara pilih dan ikat bata

Just share satu lagi kerja tembok bata merah yang berjaya disiapkan.Tembok ini saya hanya gunakan bata merah biasa sahaja, bukan jenis bata merah cantik atau facing brick. Cumanya nak ikat kena slow and steady dan juga cermat.

Sedikit perkongsian tip untuk ikat bata merah:

1. Kena survey beberapa hardware
Untuk dapatkan bata merah biasa yang cun, sebaiknya round dan survey dulu di beberapa hardware. Hardware yang jauh sikit pun takpe sebab selalunya hardware dapat stock bata merah dari kilang yang berbeza.Jadi kena rajin jalan-jalan cari bata yang sesuai.

2. Pastikan bata tak pecah waktu hantar
Bila dah jumpa bata yang sesuai, dah masuk order, pastikan masa delivery bata request hardware untuk turunkan bata guna kren.Tujuannya nak pastikan surface tepi-tepi bata tak pecah dan sumbing masa delivery.

Kalau turun pakai “bucket jack” biasanya hampir 50% keadaan bata rosak dan pecah. Kalau nk ikat bata then finishing plaster,tak mengapa tapi kalau nak dapatkan finishing tanpa plaster, kena jaga-jaga masa delivery lagi.

3. Tip ikat bata
Untuk ikat bata, sekali lagi kena pilih dan check keadaan bata. Pilih dan asingkan bata yang comel dan tak comel. Dapat bata yang comel, baru kita mula ikat bata.

Masa ikat, pastikan lap dan cuci terus lebihan simen atau lebihan air simen. Tujuannya nak pastikan keadaan surface bata sentiasa bersih. Jangan tunggu sampai lebihan simen dah kering baru nak cuci, memang menangis nanti.

Sebab itu nak ikat bata macam ni dan dapatkan finishing ini kena slow and steady. Memang akan ambil masa. Pastikan tukang ikat bata adalah seorang yang penyabar. Pastikan juga masa ikat jarak antara bata tu konsisten. Baru nampak comel dan kemas.

4. Langkah selepas ikat bata
Bila dah siap ikat, check balik ruang gap antara bata untuk pastikan simen cukup dan konsisten. Mana yang tak cukup simen, just tambah saja. Cuma masa tambah, pastikan cuci terus surface bata bila terkena simen.

Bila dah siap dan simen cukup keras, cuci lagi sekali permukaan bata dan biarkan kering secukupnya. Last sekali bila dah cukup bata dah cukup kering dan bersih, kita boleh sapu clear varnish untuk naikkan warna bata merah dan juga sebagai protection untuk surface bata.

Saya biasa guna clear varnish brand DOLPHIN. So far brand ni ok. Untuk design macam ini, ia perlukan sedikit maintenance. Sebaiknya dalam tempoh setahun atau setahun setengah, sapu balik clear varnish pada surface bata merah.

Kesimpulannya untuk buat tembok macam ini kena banyak bersabar. Semoga perkongsian ini bermanfaat. Selamat mencuba.

Sumber: Mohd Helmy Ismail

Published by
VK