Tip Buat Terung Goreng Berlada Yang Sedap, Warna Terung Kekal Tak Pucat

Share

Terung goreng berlada ni tengok je pun kita dah tahu sedap. Memang ramai peminat lauk ini, dapat pulak yang pedas kan.

Hidangan ini memang mudah saja membuatnya tapi ada juga yang belum mahir. Bagi yang suka lauk ini dan nak masak sendiri boleh ikut panduan yang dikongsi oleh Arieza Rieza.

Bahan-bahan
Terung – dipotong dan dibelah
Cili padi
cili besar
Bawang merah
Bawang putih
IKan bilis halus
(Kuantiti bahan ikut cita rasa)

Cara membuat:

1. Tumbuk atau kisar kasar bahan-bahan di atas kecuali ikan bilis.

2. Terung yang dibelah tadi digoreng terlebih dahulu. Tip untuk pastikan warna kulit terung kekal pastikan bahagian kulit di atas dan bahagian isi saja yang kena minyak. Goreng seketika saja. Angkat dan ketepikan.

3. Guna lebih minyak tadi untuk goreng ikan bilis hingga garing.

4. Kemudian masukkan bahan tumbuk, tumis seketika dan masukkan garam, gula dan serbuk perasa.

5. Kacau seketika. Bila bahan tumismasak masukkan terung tadi. Gaul hingga rata kemudian bolehlah diangkat dan hidangkan.

Selamat mencuba.

 

Published by
VK