Makan

Tip Buat Terung Masak Lemak Putih Makin Sedap, Buang Kulit Terung, Masuk Isi Ikan

Share

Sayur terung selain enak dimasak sambal, dicelur ia juga boleh dibuat masak lemak putih. Tip agar masak lemak putih ini makin sedap, pastikan kulit terung ini dibuang supaya kuah dapat meresap. Selain itu masukkan juga isi ikan yang dihancurkan ke dalam kuah santan.

Dah siap masak, hidang lauk ini adalah ikan goreng dan sambal belacan. Menu ringkas tapi memang boleh menambah nasi dibuatnya.

Cara buat terung masak lemak putih makin sedap

Bahan-bahan

3 terung ungu yang saiz kecil. Cuci bersih bersih
3 ulas bawang merah
1 sudu besar biji lada hitam
2 ekor ikan Selayang -dibakar, diambil isi
Santan secukupnya
2 lada merah
Garam secukup rata

 

Cara membuat

1. Panaskan air dan celur sampai sedikut layu.

2. Bila terung sudah kecut, toskan. Buang kulitnya sebanyak yang boleh supaya kuah dapat meresap banyak dalam terung. Kemudian belah dua atau empat terung tadi.

3. Tumbuk bawang merah dan lada hitam hingga hancur, kemudian masukkan isi ikan Selayang. Tumbuk sekali hingga hancur.

4. Panaskan santan, masukkan bahan yang ditumbuk. Jika suka kuah cair,gunakan santan cair, jika suka kuah pekat guna santan pekat.

5. Bila kuah santan sudah masak, masukkan garam, lada merah, serbuk perasa.

6. Akhir sekali masukkan terung, biarkan seketika dan boleh tutup api.

Selamat mencuba.

Sumber: Hajar Mohd

IKLAN