Kesihatan

Tip Cuci Lantai Bilik Air Supaya Bersih, Tiles Pun Tak Rosak. Guna Pencuci Pinggan Saja

Share

Melihat lantai bilik air yang kotor ramai yang menggunakan produk stain remover yang berasid untuk membersihkannya. Kotoran mungkin hilang tapi masalahnya tiles juga boleh rosak. Sebenarnya untuk mencuci bersih lantai bilik air yang kotor tak memerlukan produk mahal pun cara paling mudah dan selamat adalah menggunakan cecair pencuci pinggan saja.

Tip ini dikongsi oleh Danial Zian yang turut menurunkan beberapa cara yang digunakan untuk membersihkan bilik air kediamannya.

Dalam pada itu ujarnya sekiranya membeli produk membersihkan lantai pastikan meneliti kandungannya. Elak daripada menggunakan asid hidroklorik kerana ia boleh merosakkan lantai.

1. Guna berus dan sabun pencuci pinggan
Boleh guna apa saja cecair pencuci pinggan yang ada di rumah, lantai berlendir berbau akan bersih.

Sabun cuci pinggan ini sejenis degreaser. Kalau ada sisa syampu dan conditioner pun boleh boleh. Ia boleh cuci bersih dari lantai. Beza memang ketara. Boleh buat dalam seminggu sekali.

2. Jika beli pencuci bilik air perhatikan bahan yang digunakan
Jika ada kandungan hydrochloric acid, tinggalkan. Jahanam tiles rumah. Kebanyakkan stain remover memang menggunakan hydrochloric acid

Ada sesetengah pencuci enggunakan citric acid dan formic acid. Ia sejenis asid jugak tapi tak sekuat hydrochloric acid. Fungsi asid ini utk apa? Untuk buang kerak-kerak daripada sabun mandi/sabun badan. Kalau rajin cuci pakai sabun cuci pinggan maka tak teruk kotoranya

Dua minggu sekali atau sebulan sekali bolehlah menggunakan pencuci bilik air, untuk nyahkuman bilik air. Kulat-kulat degil pun mati. Tapi tetap kena sental menggunakan berus.

3. Boleh saja nak pakai cecair peluntur
Cecair peluntur atau sinonim dengan Clorox ini adalah alkali. Baunya busuk, peluntur ini tak bunuh kulat sebab ia tak meresap.

Ia sekadar mencuci permukaan. Tapi jangan sesekali campur cecair peluntur dengan acid, bahaya. Kesimpulannya, ia boleh dipakai tapi ikut kuantiti yang betul.

Kesimpulannya, untuk cuci bilik air sebenarnya cuma perlu sabun pencuci pinggan dan pencuci bilik air. Tak perlulah bazir duit beli produk yang merosakkan tiles. Satu-satunya masa untuk menggunakan asid adalah untuk buang karat, bukan guna hari-hari.

Sumber: Danial Zian via Tukang Apa Hari Ini

Published by
VK