Selalu guna oven untuk buat kuih, membakar dan sebagainya tapi jarang bersihkan. Akibatnya mulalah melekat kotoran yang susah nak hilang.
Supaya oven bersih kembali untuk guna buat kuih dan membakar bulan puasa nanti boleh guna tip cuci oven yang dikongsi oleh Chef Asma.
Tip bersih oven bersih berkilat
Bahan diperlukan:
2 cawan air ( letak air lebih pun boleh)
2 cawan cuka
1 cawan baking soda @ bicarbonate of soda
Kain lap
Botol spray
Mangkuk
Berus dawai periuk kasar
Caranya:
1. Keluarkan semua perkakasan dalam oven.
Ads
2. Campurkan 1 cawan baking soda dengan 2 cawan air & 2 cawan cuka dalam mangkuk tadi. Jadikan campuran itu kepada cecair atau pes supaya mudah sapukan pada permukaan kotor (waktu tuang cuka bancuhan akan nampak berbuih).
3. Sapukan cecair/ pes tadi pada permukaan kotor dalam oven, baking soda tu akan bertukar jadi warna perang.
4. Biarkan 12 jam atau semalaman supaya oven jadi lebih bersih, serius tau. Macam magic hasilnya.
Ads
5. Cukup 12 jam atau semalaman, ambil kain lap atau berus dawai kasar gosok hingga hilang kesan minyak pada oven.
6. Lap hingga bersih, selepas itu bilas dengan sabun pencuci pinggan & spray dengan air besih
7. Kemudian lap dengan kain. Mesti berkilat kilat oven
8. Siap
Ads
Tip bersih permukaan kaca (pintu) oven
1. Ulang langkah 1 tadi.
2. Sapu pes tu pada kaca pintu oven tu.
3. Biar 30 minit.
4. Guna kain buruk untuk lap & bilas dgn air bersih. Lap hingga kering
NOTA: JANGAN switch on oven, nanti pecah cermin oven. Pastikan kering betul betul baru boleh switch on. Jika ada air dalam oven, boleh berasap nanti. Jangan simbah air kat kipas oven, lap saja memang bersih berkilat oven.
Tanggungjawab anak lelaki dalam keluarga memang besar. Tak kira anak sulung atau anak bongsu mereka seharusnya jadi pelindung pada adik beradik perempuan.
Bukan itu saja anak lelaki seharusnya didik menjadi seorang yang bertanggungjawab sejak dari kecil lagi. Kerana mereka adalah bakal suami, bapa, ketua keluarga yang di bahu mereka terletak amanah yang cukup besar.
Justeru itu supaya menjadi lelaki yang lengkap pakejnya perkara berikut menurut Coach Parenting Taufiq Razif perlu diajar kepada anak lelaki sebelum mereka menjengah usia remaja.
Didik Anak lelaki #5 Perkara Ini Sebelum Usia Remaja
#1. Melindungi
Didik anak lelaki untuk MELINDUNGI maruah adik perempuannya kerana pada saat kita tiada, anak lelaki lah yang menjadi tempat berpaut dan berlindung adik beradik perempuannya
#2. Lemah lembut
Didik anak lelaki untuk LEMAH LEMBUT dengan adik beradik perempuannya kerana anak lelaki yang tegas dalam kelembutan lebih berkesan untuk membentuk adik beradik perempuannya
#3. Rajin
Didik anak lelaki sifat RAJIN terutamanya dalam membuat kerja rumah kerana itu cara terbaik untuk mereka tumbuh dewasa menjadi suami yang memahami bebanan kerja seorang isteri
#4. Hormat
Didik anak lelaki untuk HORMAT pada ayahnya kerana ayah adalah hero dan idola pertama dalam kehidupannya. Sekali hormat itu hilang, si anak boleh jadi hilang panduan
#5. Mencintai
Didik anak lelaki untuk MENCINTAI ibunya kerana ibu adalah pintu syurga paling dekat pada seorang anak lelaki. Anak perempuan, setelah berkahwin pintu syurga utamanya berpindah daripada ibu kepada suami tetapi pada anak lelaki, ibunya lah pintu syurga utamanya buat selama lamanya
1. Beli bongkah benih cendawan kukur ini di Shopee (klik SINI untuk beli). Macam ini rupanya.
2. Bila dah terima bongkah, toreh plastik bongkah dengan pisau tajam secara menegak. Buatlah 4-5 torehan sekeliling bongkah. Nanti cendawan akan keluar di bahagian yang ditoreh.
3. Letak bongkah ini di kawasan redup. Jangan bagi kena cahaya matahari secara terus. Saya gantung pada dahan pokok Mangga. Boleh letak di beranda/balkoni juga.
4. Siram pagi dan petang.
5. Hari ke 7 atau 8 dah boleh tuai. Boleh buat masak lemak atau goreng.
Selamat mencuba!
Boleh klik link Shopee ini untuk beli bongkah benih cendawan kukur
Kebanyakan kita bila hendak basuh comforter atau toto, mesti akan ke dobi layan diri atau pun hantar saja ke kedai dobi.
Sedangkan kita ada saja pilihan untuk basuh sendiri menggunakan mesin basuh di rumah. Tak payahlah susah susah angkat masuk keluar kereta dan kena keluarkan duit pula.
Apa yang penting kalau nak basuh comforter atau toto kena pastikan gulung ikut cara yang betul supaya, span tidak rosak. Jangan pakai sumbat je ya.
Boleh ikut perkongsian Nurul Ain Syed Mohd untuk cara basuh comforter yang betul guna mesin basuh di rumah.
Tip basuh comforter/toto
Dulu selalu pakai Cara A. Namun selepas jumpa cara basuh comforter/toto/selimut dengan betul itu hari, sekarang saya guna Cara B pula. Katanya dobi pun basuh macam ni.
Kenapa? Untuk elak material comforter dari rosak. Tak mahulah terburai isinya atau terkoyak apabila habis proses basuhan nanti kan. Caranya mudah ya amat;
1. Gulung comfoter sebelum masuk mesin. Gulung ikut saiz mesin seperti dalam gambar. Saya guna mesin 8kg.
2. Pastikan masuk secara menegak seperti dalam gambar B.
3. Letak bahagian kotor di bahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif. Hasilnya, memang bersih dan material tak rosak.
INFO
Perlu letak cecair pencuci lebih sikit.
Basuhan ini sesuai untuk kotoran minor sahaja.
Jika ada sebarang najis atau kotoran melampau perlulah dibersihkan terlebih dahulu. Selepas itu, baru boleh masuk mesin.
Cadar patchwork juga boleh dibasuh guna kaedah yang sama.
Kalau rumah ada laman dan suka bercucuk tanam boleh masukkan labu sebagai salah satu tanaman dalam kebun.Tanam sepokok dua pun dah mencukupi untuk makan...