Ramai yang tanam sayur bayam ini di halaman rumah tapi mungkin tak ramai yang tahu cara untuk dapatkan bayam yang manis.
Bagi mendapatkan sayur bayam yang manis kita sebenarnya hanya perlu menjaga pencahayaan saja. Dikongsi oleh Harun Arun berdasarkan pengalaman beliau menanam bayam, ini tip yang dikongsi dan boleh kita praktikkan.
Tip dapatkan bayam yang manis
Ini bayam yang saya tanam. Bayam ada separuh merah, benih sama, usia sama (22 hari) tapi warna berbeza.
-Yang kurang merah dapat cahaya dalam 2-3 jam sehari, tanam depan rumah.
-Yang menonjol merah dapat cahaya penuh dari pagi hingga petang, tanam tepi padang.
Ads
-Yang dapat cahaya penuh lebih cepat matang berbanding yang kurang dapat cahaya.
-Dari segi rasa sudah semestinya yang kurang dapat cahaya lebih sedap, lembut & manis.
Jadi tip untuk dapatkan bayam yang manis, tanam pokok di lokasi yang hanya kena sedikit cahaya matahari contoh di tepi rumah. Elak tanam di lokasi cahaya penuh atau tengah panas.
Ads
Bayam yang kurang merah macam ni, lebih manis, lembut dan sedap
Tip ekstra, cara mudah tanam bayam
Nak tanam bayam boleh tabur saja terus benih atas batas. Tak perlu nak alih-alih. Gaul biji benih dengan pasir supaya senang nak tabur.
Biarkan anak pokok bayam tumbuh rapat supaya bila spray atau siram pokok tak tumbang sangat ada tempat bersandar sesama sendiri.
Ads
Sebaiknya bila anak pokok bayam kecil, jangan siram. Gunakan spray saja, cuma spray lama sikit dan elakkan kena hujan.
Waktu pagi memang selesa tapi masuk tengah hari dan petang ruang mula membahang panas. Boleh jadi di bilik, dapur atau ruang tamu. Memang tak boleh berlama-lama dalam ruang macam ni, berkicap!
Bagi yang ada masalah ini di rumah boleh cuba atasinya mengikut cara yang dikongsi oleh Oyeasaari Nordin.
Cara bajet sejukkan ruang
Survey cara untuk sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan. Ini first step, letak aluminum foil (beli di Shopee, klik SINI untuk link).
Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so tiada ruang nak masuk alumunium foil. Survey ada 3 cara pertama, buka bumbung, kedua buka siling dan ketiga tampal saja kat siling. Taip semua cara ini tak sesuai kat rumah ini.
Fikir punya fikir dapat idea, guna paip PVC pipe. Jolok paip sampai ke papan manis kat luar. Pastu stapler saja. Kena buat pagi kalau matahari naik baru buat, mau berkicap kat atas tu.
Ini keadaan bilik masa tengah hari lebih 40° (saya guna temprecre biasa) memang tak selesa.
Sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond barulah jimat letrik.
Gulai kuning ada macam macam versi, yang ini dari Kelantan. Memang sedap, boleh jadi hidangan nasi berlauk untuk pagi dan tengah hari juga.
Hidang dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun. Menyakut molek, bak kata orang Kelantan. Nak makan dengan nasi dagang pun boleh.
Kalau orang yang dari negeri lain nak cuba pun boleh, ikut saja perkongsian Azizah Daud.
Sebelum baca resipi, jom tengok periuk nasi best ni brand Primada Microcomputer Rice Cooker , siap dapat freegift dan berbaloi untuk beli.
Cara buat gulai ikan tongkol stail Kelantan
Suka tak gulai lemak kunyit lengkuas kelantan? Hari ni kita masak lauk ni ‘gu’ dengan sambal belacan, ikan rebus cicah budu ulam timun dan ikan goreng. Menyakut molek!
Bahan-bahan
1 ekor ikan tongkol sederhana besar -potong
1/2 kilo santan pekat
Cili merah hijau dan cili padi
Bahan kisar
10 biji cili kering
2 biji bawang merah besar
2 ulas bawang putih
2 cm lengkuas
3 cm kunyit hidup
Cara membuat:
1. Rebus ikan tongkol dengan asam keping, masuk juga garam dan gula secukup rasa.
2. Campur santan pekat dengan 5 gelas air, rebus hingga mendidih (masukkan piring atau sudu dalam gulai supaya tidak meruap).
3. Simpan 1/2 gelas santan tadi untuk mengisar bahan kisar, jadi tak perlu masuk air sewaktu blend. Supaya gulai tak bergentel, nanti kuahnya tak cantik.
4. Apabila santan tadi dah mendidih, naik minyak masuk bahan kisar kacau rata. Masuk garam gula secukup rasa.
5. Biarkan gulai mereneh, kemudian masukkan ikan yang dah direbus tadi bersama air ikan sekali. Bia mereneh lagi hingga naik minyak dan berkilat.
6. Masuk cili besar dan cili padi. Makin lama gulai direneh makin cantik kuahnya.
Rumput dan lalang yang tumbuh antara masalah bagi yang suka berkebun atau ada kawasan lapang di rumah.
Supaya tak sakit mata memandang kita kena habiskan masa dan wang untuk potong atau meracun rumput dan lalang ini. Jika kita selalu buat rutin ini apa kata ikut pula kaedah yang dikongsi oleh Akmal Al Yahya.
Rupanya ada teknik mudah untuk kawal rumput dan lalang ini dari tumbuh, caranya cuma guna kotak dan kertas rincih yang boleh kita peroleh secara percuma. Langkahnya boleh ikut perkongsian Encik Akmal ini.
Kawal rumput & lalang guna kotak dan kertas rincih
Sejak mula berkebun, kami mendapati banyak masa dan tenaga yang digunakan hanya untuk mengawal rumput dan lalang di sekitar Kebun Lokal.
Penggunaan kotak dan kertas yang telah dirincih, inspirasi dari Amalan Permaculture yang dilakukan ini kami dapati lebih jauh menjimatkan serta lebih praktikal.
Dua bahan ini, kami dapatkan secara percuma tanpa menggeluarkan apa-apa modal, kecuali kami hanya laburkan pada tenaga dan masa.
1. Letak kotak sebagai lapisan pertama
Sebelum itu gemburkan tanah sedikit dan ratakan bagi memudahkan kotak untuk disusun dan rapat ke tanah.
Setelah lapisan kotak dibentang ke atas tanah, kami siram dengan air dan mampatkan ke tanah. Lapisan kotak tadi, disiram sehingga lencun dan dimampatkan lagi ke tanah.
2. Tabur kertas yang dirincih untuk lapisan kedua
Proses itu diulang bagi lapisan kedua iaitu kertas yang telah dirincih seperti di gambar.
Kertas rincih ini diratakan pada keseluruhan tanah yang telah dilapiskan oleh lapisan kotak tadi. Kemudian disiram sehingga lencun dan juga dimampatkan ke tanah.
3. Proses ini dipanggil sebagai Mulching / Sungkup
Mulching di Kebun Lokal telah mencapai 3 inci tebalnya. Saya pernah melakukan sedikit eksperimen pada awal tahun lepas, di mana kami taburkan benih-benih selasih. Tanpa perlu kami siram, ianya tumbuh dengan jayanya dan terpaksa pula dialihkan ke dalam plot tayar terpakai.
4. Kemudian tabur daun kering
Setelah lapisan kertas rincih tadi diletakkan dan dimampatkan, baru lah lapisan paling atas kami letakkan iaitu dedaun kering separa kompos.
Lapisan sungkup ini akan membantu kami di tanah untuk memegang kelembapan agar tidak hilang dari tanah jika hari terlalu panas dan melindungi tanah dari terhakis jika pada hari hujan yang terlalu lebat.
Jika dilihat semula tiada rumput atau lalang mampu tumbuh sehingga menembusi lapisan sungkupan ini.
5. Kelebihan sungkupan untuk tanaman
Hasil dari lapisan sungkupan ini akan membantu kami menyediakan kediaman bagi satu bakteria yang bernama MYCHORIZZA. Bakteria ini boleh di dapati di sekitar akar yang mana mereka menjadi penghubung kepada nutrient yang ada di tanah dengan akar.
Lebih banyak MYCHORIZZA, maka lebih baik penyerapan nutrients mampu tanaman manfaatkan.
6. Kertas rincih juga boleh buat kompos
Selain dijadikan sungkupan, kami juga menggunakan Kertas Rincih untuk dijadikan kompos. Jika tuan/puan ada yang membela cacing, kertas rincih ataupun kotak juga digunakan sebagai salah satu bahan makanan cacing.
Lazimnya dedaun kering di letakkan di bawah lapisan kertas rincih ini. Setiap minggu timbunan kompos ini akan dibolak balikkan bagi tujuan pengudaraan.
Untuk lebih jelas boleh juga tonton video ini.
Semoga bermanfaat.
Artikel ini disiarkan atas keizinan penulis. Posting asal boleh klik di SINI.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...