
Baru saja lap habuk di permukaan kabinet, rak, almari, meja dan perabot lain dalam rumah tapi lepas sehari dah penuh semula dengan habuk.
Kalau biar seminggu memang makin tebal dan jelas kelihatan habuk ini. Paling tidak memang kena lap 2 atau 3 kali dalam seminggu supaya nak nampak kekal bersih.
Tapi kalau kita tiada masa untuk bersihkan habuk ini dengan kerap ada cara yang boleh dipraktikkan. Caranya waktu lap habuk sembur sekali dengan bancuhan 3 bahan ini supaya habuk tak melekat pada permukaan. Tip ini dikongsi oleh Jason Jezi.
1. Caranya sediakan bahan berikut;
2 sudu cecair pencuci
2 sudu cuka
1 sudu minyak zaiton
Sedikit essential oil (untuk bau harum)
1 cawan air
2. Campur semua bahan dan masukkan dalam botol penyembur.
3. Sewaktu mengelap habuk sembur sekali cecair ini. Hasilnya habuk akan tak mudah melekat pada permukaan. Jadi kurangkan kerja mengelap kita.
4. Selain untuk kegunaan dalam rumah, boleh juga sembur dan lap bancuhan ini dalam dashboard kereta untuk fungsi yang sama.
@jason_jezi Habuk terus tak lekat lagi👍🏻 Share kpd kawan2 #tiktokguru #jombelajar #jezismart #learnontiktok #tips #viral ♬ ZOOM – Jessi
Selamat mencuba.
Tip Basuh Cadar & Tuala Putih, Jangan Guna Pelembut Sekali Dengan Nila. Baru Bersih Sekata, Naik Berseri

Cadar putih yang dibentang pada katil memang akan buat bilik nampak lebih kemas dan cerah. Sebab itu ramai yang suka pilih warna ini. Begitu juga dengan tuala. Nampak bersih saja.
Tapi satu masalah bila menggunakan fabrik warna putih ini adalah lama kelamaan warnanya akan jadi sedikit kekuningan atau off white. Bukan saja cadar atau tuala, pakaian pun sama.
Jika suka menggunakan cadar warna ini di rumah sebaiknya kena tahu cara betul mencucinya selain cara mengembalikan keserian warna putih ini. Boleh gunakan tip yang dikongsikan oleh Zaza Zalina ini.
Tip basuh cadar, tuala putih supaya putih sekali, kembali berseri
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila di bentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih.
Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip. Kaedah mudah untuk elakkan air karat menjejaskan pakaian warna putih adalah dengan menggunakan tuala tangan kecil.
Cara elak kain cucian kuning akibat air karat
Masukkan tuala kecil ke dalam tempat letak sabun. Jadi sebelum air sampai ke kain cucian ia terlebih dulu ditapis.
Dapatlah mengurangkan air karat terus mengalir ke kain cucian. Alhamdulillah dah tiada kotoran itu lagi.
Tip cadar putih bersih berseri
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri. Cuma bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya. Ia akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Kaedah cucian putihkan kembali baju putih yang dah kuning
Selain itu jika ada pakaian warna putih yang semakin kuning cara untuk memutihkannya kembali adalah dengan merendamnya dengan Clorox kemudian cuci dengan sabun. Letak sedikit nila, Insya-Allah pakaian putih akan kembali putih berseri.
Selamat mencuba.
Sumber: Zaza Zalina
Cara Simpan Bil, Resit & Dokumen Penting Di Rumah Supaya Senang Nak Cari

Isi Kandungan
Toggle
Rasanya kita semua kena ikut cara pengurusan yang dikongsi oleh Hani Mynis ini. Sebab kebanyakan resit, bil dan dokumen kita letak merata dalam rumah. Bila nak pakai mulalah cari satu rumah. Biasakan jadi kejadian macam ni berlaku.
Supaya senang cari terutama sekarang, waktu tengah isi borang LHDN eloklah kemas sekali, ikut cara pengurusan ini.
Tip pengurusan kertas, bil dan resit
Selalu lepas bayar bil elektrik ke air ke, kita tak pasti nak simpan kat mana dan berapa lama nak simpan bil-bil tu sebelum kita yakin boleh nak buang. Jadi boleh ikut cara penyusunan ini.
- Sediakan beberapa fail yg berasingan. Pastikan satu fail utk satu perkara. Jangan bercampur aduk ATAU boleh beli accordian file dan khaskan setiap poket untuk setiap perkara
- LABEL! So that lepas ni masa nak kemaskini file senang je.
- BONUS. Pastikan fail sama saiz, sama warna sama bentuk sama semuanya kecuali label je lain-lain lah. Dan label pun pastikan guna font yg sama dan style yg sama. Seragam is the key.

Dokumen penting
- Sijil lahir suami, isteri, anak-anak
- Salinan kad pengenalan suami, isteri, anak-anak
- Sijil kursus perkahwinan dan sijil nikah
- Buku bank simpanan
- Pasport
- Lain-lain dokumen penting (surat perceraian, sijil kematian dan lain lain)
Rumah
- Kad waranti pembelian barang elektrik (simpan sampai tempoh waranti habis)
- Manual pengunaan brg elektrik (simpn selagi mana barang elektrik masih dipakai dan tidak rosak@buang)
- Resit pembelian perabot dan alat elektrik (kadang2 kalau nak tukar barang rosak ada kedai nak resit sbg bukti pembelian bersama2 kad waranti)
Bil Utiliti

- Bil elekrik (TNB)
- Bil air (SAJ)
- Bil pembentungan (IWK)
- Bil siaran tv berbayar (ASTRO)
- Bil talian internet rumah (STREAMYX @ UNIFI)
- Bil postpaid handphone (CELCOM, DIGI dll)
Semua resit disimpan maksimum setahun. Sekarang dah masuk thn 2018, semua bil tahun 2016 dah boleh buang. Simpan bil 2017 sahaja.
Dokumen akademik
Masa kami suami isteri masih bergelar pelajar, segala surat rasmi dari pihak universiti disimpan dalam fail ni. Buat pembahagi (divider) dilabelkan dgn nama ALIF dan HANI.
So nanti nak cari apa-apa berkaitan pelajaran Hani, boleh rujuk terus ke bahagian Hani dalam fail tu. Kalau hal pelajaran anak-anak pun buat mcm ni nnt. Hanya tambah pembahagi baru dan label nama anak.
Karier
Dalam fail ni Hani simpan surat rasmi berkaitan pekerjaan contohnya offer letter. Atau apa-apa surat penghargaan dan pencapaian dari tempat kerja. Tawaran kursus. Memudahkan untuk kemaskini resume. Sediakan pembahagi nama suami dan isteri kalau perlu
Pinjaman
Surat-surat perjanjian kita dgn bank, surat rasmi dari bank, penyata status hutang dan pinjamanan dll. Pecahkan kepada beberapa pembahagi contohnya hutang pelajaran (PTPTN, MARA), hutang rumah (BANK RAKYAT), pinjaman kewangan peribadi dll
Sijil
Sijil-sijil yg tak perlu disimpan dalam folder sijil utk dibawa interview. Sijil2 masa sekolah rendah atau menengah (kalau banyak sngt smpi tak muat folder)
Kesihatan
Khas utk maklumat kesihatan suami isteri seperti salinan sijil sakit, laporan pemeriksaan kesihatan dll. Untuk anak pula, ada accordian file khas utk dia yang senang dibawa bersama waktu pergi klinik atau hospital. Next time Hani share detail folder kesihatan anak yang semua perlu ada ya.
Cukai

Untuk memudahkan urusan percukaian pendapatan kita nnt. Bahagikan kepada beberapa envelope folder contohnya (ikut kesesuaian masing-masing)
- Pembelian buku/majalah/penerbitan
- Zakat /derma
- Resit pembayaran yuran pendidikan
- Perbelanjaan perubatan
- SSPN dan banyak lagi perlepasan cukai. Boleh rujuk pd website LHDN.
Kenderaan
- Geran kereta dan motor (simpan selagi mana kita memiliki kenderaan tu)
- Insuran kenderaan
- Resit-resit servis kenderaan
- Apa-apa dokumen yg bersesuaian (kenderaan eksiden, gambar, laporan polis dan lain lain)
Cheat sheet ni Hani simpn dalam cleaning binder supaya senang nak refer. Feel free to save and print this one.
Selamat mencuba dan happy organising ❤️
Sumber: Hani Mynis
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap & Tip Kuah Pekat

Isi Kandungan
ToggleNak buat asam pedas yang sedap dah tentulah menggunakan ikan. Tak semestinya ikan mahal, ikan kembung lemak kalau dibuat asam pedam pun ‘meletup’ rasanya jika dimasak ikut caranya.
Bagi yang nak cuba masak asam pedas ikan kembung lemak ini boleh ikut Nazz Mernas. Katanya cara memasak asam pedas ini mengikut citarasa arwah ayahnya yang berasal dari Johor. Seminggu sekali pasti hidangan ada di atas meja.
Belia turut berkongsi tip agar asam pedas makin sedap katanya cili perlu ditumis lama hingga betul-betul masak. Selain itu ujarnya jika mahu kuah pekat bahan-bahan tumis kena lebih. Barulah kuah tak cair.
Cara Masak Asam Pedas Ikan Kembung Lemak Yang Sedap
Bahan-bahan
Ikan kembung lemak
Minyak untuk menumis
Air asam jawa
Daun kesum
Bunga kantan
Garam
Bahan kisar
2 biji bawang besar
3 biji bawang merah
5 ulas bawang putih
2 inci lengkuas
2 inci halia
3 batang serai – diketuk
2 senduk cili kisar
Cara membuat
- Tumis bahan kisar hingga betul betul pecah minyak.
2. Masukkan air asam jawa, tambah air sikit. Biar didih kejap.
3. Bila sudah mendidih, boleh masuk ikan, bunga kantan, daun kesum. Gunakan api sederhana sampai didih dan ikan masak.
4. Akhir sekali letak garam secukupnya, boleh letak perasa jika suka.
Sumber: Nazz Mernas