Kipas berhabuk memang menyakit mata baik kipas siling atau kipas ‘stand’. Alat ini memang kena selalu dibersihkan, jika tiada ia akan menjejaskan kelajuannya.
Sambil bersihkan kipas berhabuk di rumah praktik sekali tip ni supaya debu tak lagi melekat pada kipas terutama bahagian jaring dan bilah. Jadi tak perlu selalu untuk bersihkannya, tahan la dalam dua hingga tiga bulan.
Paling penting bahan yang digunakan mudah dan cara nak buat pun senang. Tip ini telah dikongsi oleh netizen di Facebook.
Tip elak habuk pada kipas
Sediakan bahan berikut untuk dijadikan semburan
Cuka makan
Pelembut fabrik
Botol penyembur
Langkah elak habuk melekat
1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.
Ads
2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.
3. Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol semburan supaya lebih senang nak digunakan.
4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.
Ads
5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.
6. Keringkan. Selepas kering kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!
7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.
Kalau suka beli kuih akok tapi selalu frust sebab rasanya ‘kureng’, banyak tepung dari telur, mungkin tiba masanya kita buat sendiri.
Nampak macam remeh nak buat kuih tradisional ini tapi sebenarnya kalau ikut cara yang dikongsi Ain Niey takdelah sesusah mana.
Tak perlu nak cari sabut bagai untuk bakar, pakai apa yang ada saja di dapur rumah kita.
Akok kedut cara saya
Bahan A
3 keping nise atau gula melaka saiz kecil
1 cawan air
2 helai daun pandan- simpul
Bahan B
10 biji telur ayam gred A
1 cawan santan + air 50ml
(saya guna Santan Kotak KARA )
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil garam
Cara buat akok kedut
1. Mula-mula masak gula melaka dengan secawan air serta dua helai daun pandan yang telah disimpulkan. Tutup api apabila gula melaka sudah larut sepenuhnya.
2. Tapis dan keluarkan daun pandan, masukkan ke dalam bekas lain. Biarkan ianya sejuk seketika pada suhu bilik.
3. Masukkan bahan B ke dalam pengisar bersama air gula melaka yang kita telah sejukkan. Kisar sekali sampai sebati.
4. Sapu minyak masak pada acuan. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar atas dapur gas hingga masak. Tutup dengan penutup periuk yang sesuai dengan acuan tu ya.
5. Agak-agak akok dah kembang dan naik boleh angkat. Sebenarnya nak bakar atas apa dan acuan apa terpulang pada kita. saya guna acuan kuih cara, itu saja yang ada.
Biasa kita buat sup penuh dengan rasa rempah, tapi kalau makan di restoren Siam lain sikit rasanya kan.
Ada rasa masam-masam sikit, memang sedap hirup. Kalau nak buat sendiri boleh ikut cara yang dikongsi oleh Vidda Waheda Ismail.
Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih, halia, bawang merah, bawang besar, serai dan halia yang siap dihiris. Campur juga hirisan lemak ayam dan tumis sampai wangi.
2. Tambah air, perasakan dengan kiub ayam, sup bunjut, garam, gula, serbuk perasa dan sedikit sos ikan.
3. Biar mendidih, masukkan ayam dulu. Tutup periuk dan biar ayam masak sekejap. Kemudian masukkan saleri dan lobak merah.
4. Akhir sekali masukkan daun ketumbar, hirisan bawang besar, cili potong, tomato, daun limau purut dan perahan asam limau nipis.
Kalau teringin nak bercucuk tanam di rumah dengan cara yang mudah boleh mulakan dengan kaedah ini. Paling senang tanam kangkung, tanpa tanah.
Dalam tempoh 3 minggu saja dah nampak hasil dan boleh tuai. Seronok macam ni.
Cara penanaman ini dipraktikkan oleh Monica Antie Ballerina. Beliau juga berkongsi langkah demi langkah yang dilakukan.
1. Pilih biji benih yang baik.
2. Sediakan pot kecil dan kapas muka. Pot net ini boleh beli di Shopee (https://invle.co/clepy4t) Ada banyak saiz juga, saya guna yang kecil.
3. Tabur biji benih dalam pot kecil ini. Masukkan air paip agak-agak untuk basahkan kapas. Semburkan juga biji kangkung sampai basah.
4. Selepas 2-3 hari semua biji benih dah bercambah. Kalau air pada kapas kering, tuang lagi air dalam bekas.
5. Bila anak benih dah naik 3-4 daun bolehlah pindahkan dalam bekas PVC putih. Ini adalah paip PVC hidroponik (https://invle.co/clepy71). Saya beli di Shopee tapi kena gam dan tebuk lubang sendiri untuk letak pot. Kalau nak beli yang dah siap tebuk pun ada tapi mahal sikit namun masih berbaloi.
6. Dalam bekas PVC letakkan baja AB, ikut sukatan yang disarankan. Boleh beli di Shopee juga. ada banyak jenis. Pilih saja. Dalam seminggu kangkung akan naik.
7. Ini dah 3 minggu.
8. Tak sampai sebulan dah boleh tuai. Saya tuai tak cabut akar. Saya gunting saja, tak sampai beberapa hari dah tumbuh balik.
INFO
Bila pokok kangkung dah besar kena tambah air kerap, lagi lagi bila dah hampir nak tuai. 3 hari saja air dah kering.