Dekorasi

Tip Elak Kipas Berhabuk, Berbulan Bulan Pun Bersih Lagi

Share

Kipas berhabuk memang menyakit mata baik kipas siling atau kipas ‘stand’. Alat ini memang kena selalu dibersihkan, jika tiada ia akan menjejaskan kelajuannya.

Sambil bersihkan kipas berhabuk di rumah praktik sekali tip ni supaya debu tak lagi melekat pada kipas terutama bahagian jaring dan bilah. Jadi tak perlu selalu untuk bersihkannya, tahan la dalam dua hingga tiga bulan.

Paling penting bahan yang digunakan mudah dan cara nak buat pun senang. Tip ini telah dikongsi oleh netizen di Facebook.

Tip elak habuk pada kipas

Sediakan bahan berikut untuk dijadikan semburan

  • Cuka makan
  • Pelembut fabrik
  • Botol penyembur

Langkah elak habuk melekat

1. Bersihkan bilah dan jaring kipas seperti biasa.

2. Campurkan pelembut pakaian, cuka makan dan air ke dalam bekas lain. Nisbah campuran ialah 1:1:1 pada setiap bahan.

3. Kacau sebati dan masukkan ke dalam botol semburan supaya lebih senang nak digunakan.

4. Sembur-sembur rata pada bilah dan jaring kipas.

5. Biarkan selama 5 minit, jangan lupa dilap semula dengan kain lembab.

6. Keringkan.  Selepas kering kipas dah boleh digunakan seperti biasa tanpa ada lagi habuk yang melekat!

7. Ulangi semula , 2 atau 3 bulan sekali. Bukannya habuk tak melekat sampai setahun.

Selamat mencuba

Sumber: Alosnida Musa

Artikel berkait

Cara Selesaikan Masalah Kipas Yang Berbunyi Bising, Sapu Gris Di Bahagian Ini

Kipas Siling Dah Laju Tapi Tak Rasa Angin, Ini Puncanya. Salah Satu Sebab Kedudukan Kipas

 

Published by
VK