Goreng bihun untuk hidangan famili mungkin tiada masalah tapi bila ada yang minta goreng untuk makan jumlah yang ramai kita mungkin tak berani.
Nak masak untuk jumlah yang ramai ini memang kena ada skill, apatah lagi nak hidang untuk beratus-ratus orang makan.
Tapi bagi yang nak mencuba atau terpaksa memasak untuk jumlah ramai ini boleh gunakan panduan dan tip yang dikongsi oleh Nurjuwaini Aziz. Menggoreng bihun sekawah untuk 200 orang makan, ini cara yang beliau gunakan.
Tip goreng bihun satu kawah
Bila nak goreng bihun untuk 200 pax, masa ni memang masak sekawah terus. Boleh guna bihun beg besar, dalam 4kg per bag. Satu beg boleh cater untuk 60-70pax.
Ads
Paling mencabar, waktu nak mengacau bihun. Kena guna kudrat tulang empat kerat. Kena guna sudip besi yang panjang. Tujuannya supaya dasar kawah tak berkerak nanti.
Persediaan bahan, tak perlu tambah air
Bihun ni kena rendam di dalam air biasa dulu. Tak perlu air panas. Dalam sejam pun ok. As long as bihun ni lembut.
Siapkan pes rencah dulu, kemudian masukkan bihun. Sewaktu nak menggoreng, selepas dimasukkan bihun, elakkan dari menambah air ke dalam kuali. Tambah air bukan membantu bihun lembut, tapi membuatkan bihun kembang, putus dan hancur. Teksturnya boleh jadi kurang cantik.
Ads
Buat lubang masa menggoreng
Untuk jadikan bihun lembut sewaktu menggoreng, mula-mula gaul sebati bihun dengan rencah dulu, kemudian buatkan lubang di tengah-tengah. Pastikan boleh nampak dasar kuali di bawah tu. Guna api perlahan.
Selepas beberapa ketika, dasar kuali tu akan berasap, kacau bihun perlahan-lahan dengan penuh kesabaran. Jangan sesekali putuskan bihun. Masak dengan sopan. Lebih elok sambil kacau sambil selawat ke atas Nabi Muhammad. Pahala pun dapat.
Ads
Ulang langkah buat lubang di tengah dan kacau dengan sopan sehingga bihun betul-betul lembut. Bila dah lembut, boleh masukkan sayur-mayur. Gaul sebati. Bila siap boleh angkat bihun dan hidang ke dalam bekas.
Buat bihun sikit pun boleh guna cara sama
Teknik ni applicable untuk goreng bihun skala kecil mahupun besar. Dan yang pasti, tiada cara betul atau salah dalam memasak ni. Masing-masing ada cara dan teknik sendiri. Mari raikan perbezaan kita. Hidup aman harmoni.
Bendi goreng memang sayur kegemaran ramai tapi kalau tak betul cara masak, sayur ini akan berlendir. Ini menyebabkan bendi jadi lembik dan kurang rangup. Tak syok makan.
Untuk elakkan sayur bendi yang digoreng ini jadi sedemikian boleh ikut tip yang dikongsi oleh Mohd Rozmie.
6 tip goreng bendi supaya tak berlendir semasa digoreng
Basuh bendi dahulu sebelum potong. Untuk kekalkan kesegaran bendi masukkan 1 sudu garam dan rendam sekejap.
2. Toskan bendi dan biarkan kering. Kalau nak cepat, boleh keringkan dengan tisu dapur. Jangan dipotong lagi bendi tersebut.
3. Jangan goreng bendi dengan bawang besar untuk elakkan berlendir.
4. Waktu masukkan bendi dalam kuali baru dipotong. Kalau potong awal bendi akan lebih berlendir
5. Selepas masukkan bendi dalam kuali, besarkan api, goreng dalam keadaan api sedikit besar.
6. Jangan dimasukkan air dalam bendi yang digoreng, sebab bendi itu sendiri akan berlendir. Kalau ditambah air menyebabkan lendir makin banyak.
Cara masak bendi goreng bilis yang sedap dan segar
Bahan-bahannya:
Bendi
1 keping tauhu putih
Ikan bilis (segenggam)
6 ulas bawang putih (ketuk/ potong kasar)
1 biji cili merah (potong serong nipis)
Garam
Cara membuat:
1. Panas minyak dalam kuali.
2. Masukkan bilis dan goreng bilis sehingga keperangan.
3. Bila ikan bilis dah keperangan masukkan tauhu basah yang dipotong dadu.
4. Bila tauhu keperangan baru masukkan bawang putih. Tumis sampai bahan-bahan ini garing sedikit. Masukkan sedikit garam, sesuaikan rasanya. Garam jangan lebih kerana bilis dah masin.
5. Masukkan bendi yang dah dipotong dan cili merah, baru dibesarkan api. Gaul bendi hingga sebati dengan bahan tadi.
6. Siap
Tip lain untuk elak bendi berlendir
Boleh masukkan 2-3 hiris asam keping atau air asam jawa.
Selain langsing ketinggian bak model adalah bentuk tubuh yang diidamkan wanita. Tapi tak semua kita memilikinya.
Ada yang langsing tapi rendah dan ada juga yang rendah, berisi pula. Nak tinggi memang takkan boleh kalau usia dah mencecah 20 tahun. Jadi salah satu cara yang boleh anda lakukan adalah membentuk ilusi kaki yang lebih panjang. Macam mana nak buat? Tipnya mudah saja.
Lipat sikit bahagian hujung
Bila memakai seluar jeans terutama yang mengikut bentuk kaki, lipat sedikit bahagian hujungnya seperti di atas.
Pastikan anda tidak mengenakan seluar yang labuh meleret, hingga menutup tumit.
Pilih seluar yang berwarna gelap.
Jika anda selesa, ‘tuck in baju’ anda kerana baju yang labuh menutup sebahagian kaki dan menampakkan anda lebih rendah.
Kasut warna biar senada dengan kulit
Selain itu pastikan anda mengenakan kasut yang sesuai, dan ia tak semestikan kasut yang bertumit.
Ini adalah kombinasi jenis jeans/seluar dan kasut yang sesuai untuk anda pakai.
Tip ekstra
Pilih kasut yang hampir sama dengan tona kulit terutama jika mengenakan skirt untuk membentuk ilusi kaki lebih panjang.
Banyakkan koleksi kasut stiletto atau runcing di bahagian depan.
Elak pakai kasut dengan tali yang bersilang-silang dengan bahagian buku lali. Ia akan menyebabkan anda nampak lebih pendek kerana kesan gangguan di bahagian kaki.
Hidangan tortilla dah semakin diterima dan disukai sekarang. Roti nipis ini selalu kita buat wrap dengan macam-macam inti dan sos. Biasanya kita buat untuk hidangan pagi, malam pun boleh. Ringkas dan mengenyangkan.
Selain dari beli siap tortilla, kita juga sebenarnya boleh buat sendiri. Lagi mudah, buat banyak sekali gus dan frozen. Memang lebih jimat. Cara membuatnya dikongsi oleh Ana Mohd.
Buat sendiri tortilla, boleh frozen untuk simpan
Siapa peminat tortilla kat sini? Boleh cuba buat kulit tortilla sendiri. Boleh frozen, nak makan defrost dan bakar sekejap saja. Mudah kerja, jimat pun jimat. Boleh buat bekal sarapan mudah untuk anak dan suami.
Bahan-bahan
2 cawan tepung gandum
3 sb minyak masak/zaitun
3/4 sk baking powder
1/2 sk garam
3/4 cawan air panas (bukan 3 atau 4 cawan ye TAPI tiga per empat- separuh kemudian tambah sikit lagi)
Cara membuat:
Satukan semua bahan. Gaul, agak-agak dah suam terus uli jadi doh yang lembut.
Kemudian tutup dengan kain lembap dalam 20 minit.
2. Selepas 20 minit boleh bulat kecil kecil dan canaikan. Bakar atas pan.
3. Jika nak frozen kan, bakar sekejap saja. Kalau nak terus makan, bakar sampai jadi macam dalam gambar. Anggaran 1 minit kedua belah. Ok siap!
Ekstra
Boleh juga nak buat garlic tortilla, caranya 3 sb minyak dipanaskan dan tumis 2 ulas bawag putih yang dicincang halus sampai naik bau(jangan hangit). Tutup api biarkan sejuk kemudian baru campur dengan tepung dan bahan lain.
Untuk inti ikut selera masing-masing. Saya cuma perap ayamm dengan sos tiram/sos lada hitam dan grill. Letak salad, carrot, timun, tomato, bawang dan sos cili.
-Pastikan sayur ditos smpai kering untuk elakkan cepat basi.
-Boleh juga isi ayam celup tepung/fillet ikan celup tepung. Tambah mayonis/cheese.
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...