Biasanya bila nak goreng bihun, ssok pagi nak masak, malam ini kita dah rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang rendam air panas dan terus goreng.

Tapi bila tak kena cara masak, bihun ini jadi hancur. Memang geram terutama bila masak dalam kuantiti banyak.

Supaya bihun tak hancur waktu memasak, boleh juga praktikkan cara masak bihun tanpa rendam. Mungkin ramai dah tahu cara ini tapi ada juga yang belum. Bagi yang belum tahu perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar boleh jadi panduan.

Tip goreng bihun tanpa rendam tak hancur

Tip Goreng Bihun Tanpa Rendam, Masak Ikut Cara Ini. Rasa Bihun Goreng Pun Lebih Sedap

Ads

Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.

Nak guna air panas boleh tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan  bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.

Ads

Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.

Ads

Dua cara masak bihun

1. Cara rendam dulu – ada dua cara, pertamanya bihun rendam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah start menggoreng.

2. Cara ekspres tanpa rendam – saya lebih suka cara kedua iaitu cara express. Tak perlu nak rendam hingga lembut. Caranya mudah;

  • Siapkan bahan tumisan dulu. Tumis bawang, cili sampai pecah minyak dan cantik kemudian masukkan lauk, perasakan dengan gula & garam.
  • Kemudian tambah air panas dalam pes yang kita tumis. Biar mengelegak barulah masukan bihun yang keras. Sebelum lebur bihun dalam kuali, pastikan bihun basuh dulu. Jika tidak, bihun akan berbau beras bila siap masak.
  • Kacau sampai bihun yang keras jadi lembut dan cantik baru masukkan sayur akhir sekali. Goreng sampai sayur masak dan mesra dengan bihun.
  • Kaedah ini bihun jadi lebih sedap sebab waktu menggoreng bihun yang keras akan serap air tumisan untuk jadi lembut. Jadi bihun ini bila dimakan kita akan terasa rencahnya. Lagi terangkat sedapnya.

Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI