Biasanya bila nak goreng bihun, ssok pagi nak masak, malam ini kita dah rendam supaya bihun lembut. Ada juga yang rendam air panas dan terus goreng.
Tapi bila tak kena cara masak, bihun ini jadi hancur. Memang geram terutama bila masak dalam kuantiti banyak.
Supaya bihun tak hancur waktu memasak, boleh juga praktikkan cara masak bihun tanpa rendam. Mungkin ramai dah tahu cara ini tapi ada juga yang belum. Bagi yang belum tahu perkongsian dari Wan Muhammad Hafiz Satar
boleh jadi panduan.Ada yang tanya macam mana nak bagi bihun tak hancur waktu goreng. Biasanya yang hancur silapnya sebelum goreng kita rendam dulu bihun dengan air panas yang berasap kemudian biarkan lama terendam.
Nak guna air panas boleh tapi pastikan bila bihun dah lembut toskan, jangan biarkan bihun lama terendam kalau tak hancurlah nanti.
Selain itu, faktor lain yang menjadikan bihun kita cantik waktu menggoreng adalah jenama yang kita guna. Saya suka brand yang menggunakan beras Siam, bihun jenis ini senang nak handle.
1. Cara rendam dulu – ada dua cara, pertamanya bihun rendam dulu semalaman dengan air tapis untuk masak pagi. Bila bihun yang direndam dah lembut barulah start menggoreng.
2. Cara ekspres tanpa rendam – saya lebih suka cara kedua iaitu cara express. Tak perlu nak rendam hingga lembut. Caranya mudah;
Sumber: Wan Muhammad Hafiz Satar