Menu sardin dalam tin memang kegemaran ramai. Lagi sedap rasanya kalau ikan sardin itu digoreng terlebih dahulu.
Tapi masalahnya bila digoreng memang akan meletup-letup. Kalau tak ditutup boleh sakit terkena tangan malah dapur pun jadi kecah.
Mungkin ada yang tak tahu sebenarnya ada tip mudah yang boleh kita lakukan untuk pastikan ikan sardin yang sedang digoreng ini tak meletup. Tak tutup kuali pun tak mengapa. Caranya dikongsi oleh Shazura Bahari.
1. Tuang minyak dalam kuali, hidupkan api.
2. Sebelum masukkan ikan sardin dalam kuali, tabur 1 sudu tepung beras dalam minyak yang sedang dipanaskan.
3. Kemudian goreng ikan sardin seperti biasa. Memang takkan meletup letup minyaknya. Cara yang sama boleh juga dipraktikkan untuk goreng ikan keli.
4. Dah garing boleh angkat dan masak ikut kesukaan.
Resipi sardin tin cili padi
Boleh juga cuba resipi sardin tin cili padi yang dikongsi oleh Shazura. Caranya lain sikit tapi memang menyelerakan.
-Kisar kasar bawang merah, bawang putih, cili padi dan cili merah
-Panaskan minyak dan tumis cili kering kisar hingga pecah minyak.
-Kemudian masukkan bahan kisar, tumis hingga pecah minyak. Masukkan garam, gula dan serbuk perasa. Kacau
-Akhir sekali perah limau kasturi atau lemon. Kacau sebati dan bolehlah dihidangkan.
-Hidang dengan telur dadar dan masak lemak kubis memang ngam sangat.
@resepidapurkakshazSAMBAL SARDIN RESEPI ARWAH IBUKU . Semoga resepi ini bermanfaat. Selamat mencuba♬ Yang Mana Satu Idaman Kalbu – Tan Sri P. Ramlee & Puan Sri Saloma