Hidangan kuetiau memang jadi kegemaran kita. Tapi sering kali ada masalah bila nak menggorengnya.
Selalu terjadi, kuetiau goreng jadi lembik, kembang dan hancur. Kalau ini yang berlaku bila anda masak kuetiau goreng boleh ikut perkongsian Yurni Emilia ini yang berkongsi tip asas menggoreng kuetiau.
Tip asas buat goreng kuetiau
Selalu nampak ramai yang ada masalah bila mengoreng kuetiau. Di sini saya kongsi tip asas menggoreng kuetiau supaya kejadian kuetiau lembik atau hancur tak berulang.
1. Kena tahu kuetiau tak serasi dengan air jadi; – Jangan basuh lama-lama. Bila basuh pastikan ia ditos kering cepat-cepat. – Basuh pakai air paip saja, bukan dgn air panas – Ada sesetengah basuh ada juga yang tidak. Saya basuh untuk leraikan kuetiau yang melekat.
2. Bila mengoreng, kena letak minyak lebih sikit.
3. Jika nak buat Penang style letak sedikit minyak bijan. Sikit saja sebab minyak bijan baunya kuat.
4. Kena lebihkan bahan perisa seperti sos tiram, kicap, cili boh, sos tomato/cili. Jangan masukkan air.
5. Tambah air jika nak buat char kuetiau banjir.
6. Kalau nak tambah telur, pastikan telur digoreng kering terlebih dahulu sebelum digaulkan atau di kacau dengan kuetiau yang sedang digoreng.