Sosej memang biasa kita hidangkan terutama waktu pagi. Anak-anak pun cukup suka. Cuma kalau goreng sosej satu masalah yang biasa berlaku adalah sosej kecut dan berkedut. Hasilnya tak cantik.
Yang menghairankan kalau tengok yang dijual di gerai-gerai elok saja tegang dan mulus, langsung tak menggelembung. Menghadapi masalah yang sama, Siti Afifah meminta tip daripada netizen melalui hantaran beliau dalam satu grup masakan terkenal.
“Kalau bab goreng sosej ni memang failed. Kalau rebus ok lagi la. Ada tip tak nak bagi gorengan sosej ni cantik macam kat kedai tu? Tq”, ujar Siti Afifah.
Hantaran beliau mendapat banyak respon daripada netizen yang berkongsi tip menggoreng sosej yang betul.
Goreng sosej tak perlu minyak panas
Antaranya Fareez Amy Shafie yang juga seorang katerer dan peniaga pasar malam. Untuk memastikan kulit sosej tegang dan cantik ini cara menggoreng yang betul;
Rendam dalam air panas dulu
Selain itu Atika Rosli juga memberikan cara beliau; rendam saja sosej dalam air panas sekejap kemudian golek-golekkan sosej atas pan sekejap saja. Hasilnya memang elok cantik tak kedut.
Letak air dan minyak dalam pan
Boleh juga gunakan cara Sitirus Zakaria. Caranya dalam pan letak air sikit dan minyak saty sudu dan sosej. Air fungsinya merebus sosej, dan bila kering air minyak yang berbaki dalam tu akan gorengkan sosej..
Goreng guna pan dan sedikit saja minyak
Menurut Hazwany Syafiqa cara beliau goreng sosej supaya cantik rupanya adalah dengan menggunakan sedikit saja minyak. Sekadar cukup untuk tak lekat sosej pada pan. Sama macam cara goreng burger.
Sumber: Siti Afifah