Cucur udang antara hidangan petang yang selalu ada atas meja. Tak kiralah beli atau buat sendiri tapi makan dengan sos cili atau kuah kacang memang syok.

Tapi satu yang buat ‘spoil’ bila cucur udang ini berminyak sangat. Tekan cucur nampak minyaknya. Kita tahu kan makanan macam ni tak elok sangat.

Jadi bagi memastikan cucur udang yang kita buat tak serap minyak boleh ikut tip yang dikongsi oleh Tyra Manan.

Cara buat cucur udang tak serap minyak

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

Bahan-bahan:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Tauge – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

Ads

Cara membuat adunan cucur:

  • Campurkan semua bahan kemudian perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh tapi tak berapa sedap, cucur jadi keras.
  • Lagi satu inilah rahsia cucur kembung tapi tak serap minyak. Perap saja memandangkan kita tak guna baking powder.

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

  • Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng.

Cara menggoreng

  1. Panaskan 2 kuali, 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

2. Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang di atasnya. Terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng. (Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas, guna senduk lain untuk tuang adunan).

Ads

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

3. Goreng sampai garing warna coklat keemasan.

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

Ok siap! Makan dengan sos memang layan betul.

Ads

Tip Buat Cucur Udang Sedap, Tak Serap Minyak & Kembung Tanpa Guna Baking Powder

Cara buat sos

Bahan-bahan:

Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air

Cara membuat:

  • Rebus cili & bawang putih kemudian kisar sampai hancur.
  • Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka.
  • Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Akhir sekali masukkan air tepung jagung.

Selamat mencuba!

Sumber: Tyra Manan

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI