Tip Hilangkan Tahi Lalat Pada Pakaian Dengan Mudah, Guna Cuka & Lemon

Share

Tahi lalat pada baju ini timbul sebab kelembapan. Boleh jadi baju lembap terkena air kemudian diletak dalam bakul berhari-hari sebelum dibasuh. Contoh baju anak kecil yang tertumpah air atau susu.

Baju yang ada tahi lalat ini jangan pula dibuang atau disimpan dalam stor sebab  ada cara mudah yang boleh kita buat untuk hilangkannya. Tak perlu beli pencuci khusus yang mahal, sebaliknya guna bahan yang sedia ada di rumah.

Caranya guna cuka dan lemon

Apa yang diperlukan cuma cuka dan juga lemon. Caranya;

  1. Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.

2. Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.

3. Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.

Selain daripada penggunaan cuka dan lemon

 

Sumber: Mazni Maz 

Published by
VK