Comel sungguh kuih apam puri ni. Tengok pun dah tahu sedap. Cuma tak ramai yang jual kuih ini.
Kalau suka makan, tak salah kita belajar buat sendiri kan. Lagi puas makan, sebab selalunya memang tak cukup satu. Nak cuba boleh ikut cara yang dikongsi oleh Zainoor Aliza Ali.
Buat sendiri apam puri lembut gebu
Bahan untuk inti kastard
1 cawan tepung gandum
3 cawan air
½ cawan santan (Kara)
½ cawan perisa jagung
¾ cawan gula
2 sb tepung kastard
1 sb Buttercup
Garam
Cara membuat:
Satukan semua bahan dalam bekas dan kacau sebati. Kemudian tapis masukkan ke dalam periuk.
Masak di atas api yang perlahan hingga likat.
Bahan untuk kulit apam
3 cawan tepung gandum
3 cawan air
3 sb minyak masak
1 biji telur
1sk baking powder
½ paket yis
Garam
Pewarna
Cara membuat:
Satukan kesemua bahan ke dalam bekas dan putar guna hand mixer. Biarkan dalam bekas kedap udara selama 25-30 minit.
Panaskan pan, sapukan sedikit minyak kemudian sendukkan adunan.
Bila dah mula menggelembung boleh angkat.
Isikan inti kemudian tekap guna acuan karipap. Siap!
Waktu ini ramai yang kena bekerja dari rumah. Dalam keadaan ini penting sangat untuk kita ada coverage telco yang laju untuk memudahkan melakukan kerja di rumah.
Atau mungkin juga line telco yang kita guna selalu bermasalah di kediaman kita jadi nak juga tahu mana telco yang baik liputannya supaya kita boleh tukar. Takkan nak beli sim kad setiap telco pulak. Jadi ikut saja cara ni.
1. Pergi ke Appstore atau Playstore, kemudian download apps Open Signal.
2. Sesudah install bukak apps tadi dan klik coverage (yang bulat di bahagian bawah).
3. Kena sabar sekejap untuk apps ini tentukan lokasi kita. Selepas GPS dah accurate lokasi tekan compare performance di bahagian bawah. Waktu ini apps akan check satu-satu telco.
4. Di kawasan rumah ini contohnya, line Maxis paling laju and line DiGi paling slow.
Dah tahu, mungkin boleh tukar line telco kepada yang lebih laju.
Jika suami atau anak kompelin kita ibu yang suka mendesak dan membebel, jangan ambil hati. Teruskan saja walaupun anak-anak mungkin rimas mendengarnya. Percayalah anak akan berterima kasih pada kita kemudian hari.
Sebabnya menurut kajian yang dikendalikan Universiti of Essex di England anak yang didesak ini berkemungkinan besar lebih berjaya berbanding anak daripada ibu yang tidak berbuat demikian.
Letak standard lebih tinggi
Sejak tahun 2004 hingga 2010 penyelidik telah mengikuti kehidupan 15,500 gadis remaja berumur 13 dan 14 tahun. Dari penelitian itu mereka mendapati anak dengan ibu yang suka mendesak selalunya meletakkan standard tinggi kepada anak dan lebih ramai anak ini berjaya melanjutkan pengajian ke kolej dan memiliki gaji besar.
Satu lagi bonus menjadi ibu suka mendesak ini,anak kurang terjebak dengan masalah sosial seperti hamil luar nikah. Jadinya punya ibu suka mendesak dan berleter ini ada kebaikannya. Mak-mak jadikan ini sebagai alasan kuat untuk terus membebel.