Nenas antara tanaman yang mudah untuk ditanam, jadi kalau nak cuba tanam pokok buah boleh mulakan dengan nenas. Tak perlu siram dan boleh letak di tengah panas. Insya-Allah tetap hidup subur.
Lagi satu cara penanamannya juga mudah, boleh guna belahan jambul nenas. Satu jambul boleh belah 4 untuk dapat 4 anak pokok nenas.
Baca: Cara Tanam Nenas Guna Belahan Jambul, Satu Jambul Boleh Dapat 4 Anak Pokok
Bagi yang yang nak cuba tanam, berikut adalah tip penanaman nenas yang dikongsi oleh Halim Waghih.
Jika nak tanam nenas, kena tahu tip dan petua-petuanya. Ini antara tip yang penting jika mula menanam;
2. Pokok nenas mesti kena cahaya matahari.
3. Sama ada tanam dalam pasu atau polibeg tanam perlu dicampur. Sama ada dengan tanah hitam atau tanah organik yang dicampur dengan tanam bakar.
4. Selepas tanam, jangan terus siram dan jangan terus bubuh baja. Biar sampai nampak pucuk baru keluar barulah ditambah dengan tanah hitam. Ini bermakna akar dah keluar.
5. Jangan siram pokok nenas macam siram bunga (pokok akan membusuk dan mati)
6. Siram dalam satu minggu sekali pun sudah mencukupi untuk nenas. Nenas tak perlu banyak air tapi perlu banyak cahaya matahari sebab itu ladang nenas di tengah tengah panas terik mentari.
7. Bila dah nampak pokok nenas hidup (2-3 bulan) barulah tabur baja di pangkal nenas sebab akar nenas tak panjang (tabur sedikit saja, boleh juga gali keliling pangkal kemudian letak baja dan timbus semula).
8. Letak baja jangan banyak, frekuensi 2 – 3 minggu sekali saja. Boleh guna baja kopi yang dibancuh dengan air dan sembur 2 minggu sekali.
9. Akhir sekali, musuh nenas adalah tanah yang lembap. Sahabat baik nenas pula adalah cuaca yang panas.
Semoga bermanfaat
Sumber: Halim Waghih.