Geram pulak tengok daun sup ‘giant’ yang dikongsi oleh Cikgu Kebun. Punyalah besar dan gemuk daunnya.
Kalau macam ini punya besar tanam sepokok dua di rumah pun dah ok, lebih dari cukup.
Tapi nak dapatkan hasil pokok begini ada tip dan caranya. Tak lokek berkongsi ilmu Cikgu Kebun (CK) menurunnya tip dan cara yang dipraktikkan.
Walaupun ramai yang suka tanam pokok sup ini tapi ramai yang gagal mengekalkan kesuburannya. Agar pokok daun sup yang ditanam kekal lama dan subur gebu, perkara pertama kena semai dari biji benih.
Selalunya orang akan beli pokok sup di pasar dan tanam semula. Tapi pokok ini tak dapat hidup lama. Akhirnya kita kecewa.
Jadi CK cuba bantu supaya mampu tanam pokok sup ini di rumah dengan jayanya. Ada 9 tip mudah yang perlu dipraktikkan untuk dapat pokok sup yang subur dan gemuk.
1. Pemilihan jenama biji benih – selalunya CK akan guna jenama yang berkualiti supaya peratus tumbuh tinggi. Antara jenama yang selalu CK guna adalah GreenWorld dan Ria Organik
2. Teknik semaian biji benih – CK suka gunakan teknik macam tabur dedak ayam atas medium supaya anak pokok sup tumbuh banyak. Medium semaian yang diguna adalah peatmoss
3. Lokasi semai dan tanam – ada 2 kaedah yang selalu CK buat iaitu semai terus di tempat panas atau semai dan letakkan di tempat redup. Kedua-dua cara ini berjaya jika faham teknik cahaya dan siraman air.
4. Kadar siraman air – semasa semai kena pastikan media semaian sentiasa lembap dan bila tumbuh kekalkan siraman sehari 2 kali.
5. Penjarangan anak pokok – cara ini akan memberi ruang untuk pokok sup besar dan menjadi ‘giant’, pastikan sepasu hanya sepokok sahaja.
6. Pemilihan baja – CK menggunakan 2 jenis baja iaitu Baja wangi serbuk organik dan Baja Liquid Organic Fertilizer(LOF). Tabur baja serbuk 2 minggu sekali. Best baja ni sebab baunya wangi dan siram baja cecair LOF kekerapan seminggu 3 kali.
7. Kawalan serangga dan kulat – selalunya serangga jenis bena putih dan kulat akan rosakkan pokok. Bagi menjaga pokok sup agar tahan lama semburan Cuka Kayu dan Bio Control boleh dibuat seminggu sekali.
8. Medium tanaman – bagi pokok sayur jenis ini CK suka mengunakan campuran tanah merah, sabut kelapa, sekam bakar, sekam mentah dan baja wangi serbuk digaul di dalam medium dengan nisbah 3:2:1:1:1.
Insya-Allah inilah teknik mudah yang CK gunakan untuk kaedah penanaman daun sup giant.
Kalau nak belajar cara tanam pokok-pokok ni bagi berjaya subur cantik, macam mana cara pembajaan, kawalan serangga dan teknik tanaman yang betul boleh belajar bersama cikgu kebun di TikTok, Facebook Gardening by Cikgu Kebun dan YouTube channel.
Selamat mencuba.
Sumber: Facebook Gardening by Cikgu Kebun