
Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Tip dari peniaga laksa, rendam dulu
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Suzana Saad
Tak Perlu Keluar Bersesak Untuk Beli Barang Baby, Cari Saja di E-Bazaar Pa&Ma Baby Fiesta

Hari ini, bukan lagi perkara ganjil apabila pasangan suami isteri bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup sekeluarga. Semua ini dilakukan bagi memastikan segala keperluan hidup dapat dipenuhi atau sekurang-kurangnya keperluan utama dipenuhi. Untuk ini, pastinya masing-masing sibuk dengan banyak urusan kerja.
Seiring dengan peningkatan taraf pendidikan generasi milenia, golongan ibu bapa muda ini nyata menitikberatkan soal keseimbangan masa bekerja dan bersama keluarga. Kedua-dua perkara ini perlu bergerak seiring dengan bantuan kemajuan teknologi masa kini.
Sebagai contoh, dahulu selepas waktu bekerja, kita akan bergegas ke pasaraya membeli barangan keperluan rumah dan diri. Kini budaya itu telah diganti dengan pembelian di atas talian.
Pandemic Covid 19 yang melanda negara nyata menambah rancak aktiviti pembelian atas talian kerana ia lebih mudah, praktikal dan cekap, paling utama sudah tidak perlu bersesak-sesak di pasaraya.
Pola pembelian baharu ini turut melibatkan golongan ibu bapa yang mencari barangan keperluan bayi, anak kecil, ibu hamil dan berpantang. Gaya hidup ini mendorong pembukaan e-Bazaar Pa&Ma Baby Fiesta; Portal Reviu Barangan Keperluan Bayi dan Ibu, satu lagi produk hebat dari jenama Pa&Ma selepas ekspo Pa&Ma Baby Fiesta.
Kemunculan e-Bazaar Pa&Ma Baby Fiesta bukan sahaja menambah pilihan platform pembelian atas talian, malah pengunjung akan memperoleh reviu telus daripada team editorial majalah Pa&Ma berkenaan peniaga.
Kami maklum bahawa, kebanyakan ibu bapa yang ingin membeli barangan bayi begitu cerewet dan berhati-hati sebelum membeli. Oleh demikian itu e-Bazaar telah membantu memberikan maklumat berkenaan produk dan peniaga di e-Bazaar agar mereka lebih yakin dengan produk yang dijual.
Selain itu, kesukaran ibubapa membuat tinjauan sebelum pembelian barang menjadi lebih mudah kerana portal ini mempunyai banyak kategori produk yang diperlukan antaranya stroller, carseat, pakaian, aksesori, makanan kesihatan, lampin bayi dan banyak lagi.
E-Bazaar Pa&Ma Baby Fiesta yang baru diperkenalkan awal Jun lalu merupakan direktori, promosi, dan reviu produk bayi dan ibu hamil yang memudahkan pencarian maklumat barangan keperluan yang dikehendaki di mana pelanggan boleh berhubung terus dengan peniaga yang membuka kedai online di e-Bazaar bagi membuat pembelian.
Umum juga sedia maklum, bahawa jenama Pa&Ma yang sudah wujud lebih 20 tahun lalu merupakan jenama yang amat dipercayai para ibu hamil dalam mendapatkan maklumat untuk kesejahteraan diri dan bayi.
Jadi apa tunggu lagi? Buat ibu bapa yang ingin mencari barangan bayi, ibu hamil, dan berpantang, sila layari portal e-Bazaar by Pa&Ma Baby Fiesta di babyfiesta.majalahpama.my/. Kami juga mengalu-alukan para pengusaha produk dan servis berkaitan untuk menjadi sebahagian daripada vendor kami dengan membuka kedai online di e-Bazaar Pa&Ma Baby Fiesta ini.
Cara Buat Sup Ayam Lada Hitam Untuk Segarkan Badan. Tanpa Minyak, Lebih Sihat

Kalau badan rasa lemau, lemah atau macam nak demam boleh cepat sediakan sup lada hitam ini.
Lepas makan confirm segar badan. Sup ini bukan saja untuk orang yang tak sihat, untuk sihat walafiat pun boleh makan untuk kesegaran tubuh. Cara membuatnya dikongsi oleh Nana Sabrina Sarsan.
Sup lada hitam untuk segarkan badan
Hari ni rasa nak buat sup lada hitam! Sup ni bukan utk org tak sihat saja,
yang sihat pun boleh makan untuk segarkan badan.
Kalau rasa nak demam, batuk selesema boleh hidangkan sup ini, sesuai juga untuk ibu dalam pantang. Paling best sup ini tanpa minyak. Boleh jimat!
Bahan-bahan
Ayam – dipotong
Halia
Serai
Bawang putih
Bawang merah -dihiris
Lada hitam -ditumbuk kasar
Garam & gula
- Tumbuk atau ketuk serai, halia dan bawang putih.
2. Masukkan bahan ditumbuk bersama semua bahan lain dalam periuk.
3. Didihkan dengan api perlahan hingga ayam masak.
4. Jika suka ada rasa masam, boleh tambahkan sedikit asam keping saiz yang paling kecil, jangan letak asam jawa pula, nanti gelap tak cantik. Nak tambah lada putih pun boleh.
Nota: Gunakan lada hitam yang ditumbuk kasar, jangn guna lada hitam serbuk nanti rasanya berbeza.
Selamat mencuba!
Sumber: Nana Sabrina Sarsan
Tip Tanam Pokok Kantan Dari Rizom, Jangan Kecewa Kalau Layu. Tunggu Sebulan Baru Nampak Hasilnya

Ramai yang cuba tanam pokok kantan di rumah memandangkan banyak kegunaan dalam masakan. Kaedahnya tanaman biasa adalah dengan membeli rizom kantan sama ada secara online atau nurseri dan kemudian tanam semula di rumah.
Akan tetapi ramai yang kecewa kerana apa yang diharapkan tak menjadi. Rizom pokok dilihat semakin layu dan mati. Bagaimanapun ujar pengusaha ladang kantan, Sadam Arffain rizom pokok mati selepas ditanam adalah normal. Jangan kecewa.
Jelasnya, batang rizom mungkin nampak layu dan mati tapi hakikat ada benih yang sedang membesar di bawahnya dan hanya akan kelihatan dalam tempoh sebulan atau paling awal 2 minggu.
Berikut adalah perkongsian beliau tentang perkara ini.
Jika rizom pokok kantan yang ditanam mati
Untuk masalah ini saya terangkan khusus buat semua yang pernah atau akan cuba menanam pokok kantan ini.
Rizom kantan sejenis benih bertunas. Batang rizom yang ditanam kebiasaannya akan makin layu/mati seperti gambar di bawah.
Yang asalnya hijau kemudian berubah menjadi coklat. Itu adalah NORMAL. Jangan putus ada kerana Hal yang terbaik sedang menumbuh di bahagian bawah rizom tu.
Tunas baru kebiasaannya akan mula kelihatan selewat satu bulan, paling awal pun dalam 2 minggu tumbuh. Lebih daripada itu mungkin boleh dikira GAGAL dalam prosesnya.
Kegagalan ini mungkin disebabkan oleh berapa faktor contoh;
1. Terlebih siram sehingga berlecak
2. Tidak menyiram sehingga kering.
3. Tanam terlalu dalam.
4. Tanah tidak begitu sesuai.
5. Kebarangkalian menjadi rendah. Tanam 10, 9 hidup.
Sebatang rizom boleh menghasilkan EMPAT mata tunas baru maksimum dan minimum. Cuma keempat-empat tunas itu tidak keluar serentak tapi berperingkat.
Pada yang sedang menaman, moga info ini dapat membantu. Moga tidak pernah mengenali erti putus asa apabila GAGAL. Percaya pada proses pembelajaran.
Sumber: Sadam Arffain