Makan laksa memang sedap tapi ramai yang tak rajin menyediakannya terutama bab nak rebus laksa.
Sebenarnya ada ada cara yang cepat untuk melembutkan laksa ini tanpa perlu rebus lama. Orang Utara mungkin dah lama gunakan cara ini tapi ramai juga yang di luar sana belum tahu.
Dikongsi oleh Suzana Saad petuanya cuma perlu rendam dulu laksa.
Dulu kalau nak buat laksa, bab malas bila nak rebus laksa sebab kena rebus lama. Tapi lepas dapat cara baru dari tauke laksa, anytime terasa nak makan laksa, terus pergi cari ikan.
Ini caranya
1. Rendam laksa kering semalaman atau 2 jam pun ok dah.
2. Dengan air rendam itu rebus hingga mendidih dalam 10 minit. Bila mendidih tutup api & tutup periuk.
3. Biarkan dalam air panas selama 1 jam. Kemudian boleh tapis laksa tapi jangan basuh. Biarkan saja dalam penapis. Bila nak makan, ambil saja.
Selamat mencuba.
Sumber: Suzana Saad