Ramai yang punya azam untuk turunkan berat badan tapi masalahnya sering kali tak kesampaian. Puncanya kerana tak dapat menahan rasa lapar dan juga nafsu makan.
Bagi yang berdepan masalah ini rasanya boleh amalkan tip yang dikongsi oleh Dr Rizal Abu Bakar.
Untuk memastikan perut tak rasa lapar dan tercetus rasa nak makan, setiap kali selepas menikmati hidangan utama minum air rendaman chia seed.
Cara makan sikit tapi kenyang lama
Nak tahu tak cara makan sikit tapi kenyang lama? Tak rasa lapar. Tak ada rasa nak berkudap kudap?
Nak kan? Caranya mudah saja. Lepas makan minum air rendaman chia seed. Mudah saja nak buat.
Cara buat air rendaman chia seed
1. Ambil satu sudu chia seeds. Masukkan ke dalam satu mug berisi air. Lebih kurang 160ml gitu. Biarkan 30 minit. Lagi lama lagi bagus.
2. Lepas makan, minuman air rendaman chia seeds ini. Chia seeds akan buatkan kita rasa lebih kenyang.
3. Kenapa? Bila dah rendam, chia seeds akan perangkap air ke dalamnya. Dari biji kecil dia akan membesar sikit.
5. Bila kita ambil air rendaman berisi chia seeds, air akan dilepaskan perlahan lahan. Sikit sikit. Jadi kita sentiasa rasa kenyang dan tak dahaga.
Bolehlah cuba.
Boleh klik SINI untuk beli chia seed di Shopee
Sumber: Dr Rizal Abu Bakar