Dah elok pilih ayam goreng yang besar saiznya waktu nak makan di restoren tapi bila dicarik nampak darah. Aduh, memang spoil selera! Kadang-kadang ketika kita goreng ayam di rumah pun berlaku kejadian ini. 

Ayam yang kurang masak ini memang tidak elok untuk dimakan kerana ia akan menyebabkan keracunan makanan. Dikongsi oleh portal resipi RASA, berikut adalah  panduan menggoreng ayam sempurna supaya tak berlaku kejadian ayam masih berdarah selepas diangkat. 

Cara goreng ayam yang sempurna, elak berdarah

Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila Diangkat

1. PERHATIKAN SAIZ AYAM

Jika tidak terlalu besar, boleh terus digoreng. Seandainya saiz ayam agak besar, anda boleh merebusnya terlebih dahulu sebelum digoreng.

Ads
2. MASAK DENGAN API SEDERHANA

Ketika panaskan minyak, anda boleh gunakan api besar. Kemudian segera kecilkan api ketika memasukkan ayam. Selepas 2-3 minit, kuatkan api ke sederhana dan teruskan goreng ayam sehingga masak.

3. GUNAKAN MINYAK YANG BANYAK

Minyak yang banyak dapat ‘merendam’ ayam dan membuat isinya masak rata. Jika mahukan hidangan lebih sihat, gantikan minyak masak biasa dengan minyak biji bunga matahari, kanola atau minyak jagung.

Ads
4. CUCUK DENGAN GARFU

Sebelum goreng ayam, cucukkan dengan garfu supaya isi ayam lebih mudah masak ketika digoreng.

Tip Masak Ayam Goreng Yang Sempurna & Tak Berdarah Bila Diangkat
Foto: boomerbrief.com

5. BIARKAN SEKETIKA

Ads

Jika ayam disimpan dalam peti sejuk beku,  biarkan ia lembut dengan betul sebelum digoreng. Ayam beku hanya akan masak di bahagian luar saja ketika digoreng sedangkan isi dalam masih mentah.

Semoga bermanfaat.

Sumber: RASA

 

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI