Makan

Tip Masak Bubur Pulut Hitam Yang Sedap, Cukup Lemak Manis & Masinnya. Letak Sekali Kacang Merah

Share

Lepas makan tengah hari, hidang pula bubur pulut sebagai pencuci mulut atau untuk minum petang, memang nikmati.

Sedapnya bubur pulut hitam ini terletak kepada lembut dan kepekatan santannya. Dalam masa yang sama rasa lemak dan manisnya kenalah seimbang. Barulah sedap.

Untuk dapat bubur pulut hitam begini, ada caranya. Boleh gunakan perkongsian Mizah Ngatiman

ini. Bubur ini turut dimasukkan kacang merah dan kepala santannya dimasak asing dan diletak sekali tepung beras.

Cara masak bubur pulut hitam yang sedap

Bahan-bahan untuk bubur
1 cawan pulut hitam
5 cawan air
1 cawan acang merah
1 keping nise kerek
1/2 senduk gula pasir
Santan cair secukupnya
Daun pandan

Bahan-bahan kepala santan
Santan pekat secukupnya
2sb tepung beras
1sk garam halus
Daun pandan

Cara membuat

1. Rendam beras pulut hitam lebih kurang 3 jam.

2. Kemudian buang air dan tos. Masuk periuk, tambah air baru. Rebus sampai empuk dan kembang elok.

3. Dah agak empuk dan kembang boleh letak Nise, gula pasir, daun pandan dan santan cair.

4. Kuah dah agak pekat elok, letak kacang merah yang direbus dulu. Biarkan seketika kemudian tutup api.

5. Bagi membuat kepala santan. Masak dulu santan pekat letak daun pandan menggunakan api kecil. Letak garam halus.

6. Pada masa sama bancuh tepung beras dengan sedikit santan.

7. Kemudian masukkan bancuhan dalam santan tadi. Sentiasa kacau sampai pekat dan likat. Bila sudah mendidih atau meletup-letup, tutup api.

Sedia dihidangkan pulut hitam. Satukan bubur dan kepala santan dalam mangkuk untuk dimakan.

Selamat mencuba.

Sumber: Mizah Ngatiman

Published by
VK