Tip Masak Kari Ikan Merah Sedap Sampai Setiap Minggu Kena Buat. Guna 2 Rempah Ini, Lagi Padu Rasanya

Share

Lauk kari menjadi sajian keluarga ini sejak sekian lama, malah ketika ibu mentuanya masih ada hampir setiap hari lauk kari disajikan.

Masakan kari yang sedap ini memang buat anak beranak ini ketagih. Tak kiralah kari apapun tapi lauk ini mesti ada di meja makan. Tak lokek berkongsi resepi, Zee Basir menurunkan cara dan tip memasak kari yang dipraktikkan sekian lama.

Cara buat kari ikan merah, wajib buat setiap minggu

Bahan-bahan:

1 ekor ikan merah – dibersihkan & potong ikut suka
1 mangkuk santan cair – dari setengah biji buah kelapa
1 cawan pati santan dari perahan santan pertama di atas
1/2 cawan air asam jawa ( agak-agak sesuai rasa masamnya)
1 sudu makan gula
1 sudu teh ajinomoto
sudu makan penuh serbuk rempah kari ikan baba’s
3 sudu makan penuh serbuk rempah kari daging baba’s
1 cawan air
2 sudu makan rempah campuran ( biji sawi, halba, jintan yg dlm peket siap tu)
Sayur bendi & tomato
Garam secukup rasa

Bahan ditumbuk

5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah kecil
1 inci halia

Cara masak kari

1. Panaskan satu senduk minyak kemudian tumiskan rempahan campuran sehingga berbau wangi dengan api kecil.

2. Masukkan bahan tumbuk dan tumis sampai naik bau. Masukkan dua serbuk rempah kari tadi dan tumis dngan api paling kecil.

3. Agak-agak nampak berubah warnanya (jangan sampai hangit ya) masukkan satu cawan air dan tumis lagi sampai rempahnya pecah minyak.

4. Bila sudah pecah minyak masukkan pati santan, tumis lagi sampai pecah minyak (naik minyak). Guna api kecil sentiasa .

5. Seterusnya boleh masukkan santan cair tadi, air asam jawa, Aajinomoto, gula dan garam sedikit.

6. Besarkan api, bila santan mula mengelegak biarkan surut dalam setengah inci kuahnya kemudian masukkan ikan bersama buah tomato.

7. Masak seketika dan akhir sekali masukkan sayur bendi. Rasa masin garamnya agar sesuai dengan citarasa. Siap untuk disajikan.

TIP
  • Serbuk rempah kari memang tak dicampur dengan air. Tumiskan dulu supaya naik wangi dan garing sedikit baru masukkan air.
  • Kalau masak kari saya suka gabungkan dua jenis serbuk rempah kari ikan & daging. Guna rempah jenama apa sekali pun terpulang. Tapi saya memang suka guna rempah kari jenama Baba’s sebab rasa rempah yang kuat. Cari yang ada tambahan serbuk cili lagi padu. Tak payah tambah cili kisar lagi.

Sumber: Zee Basir

Published by
VK