Lauk paprik baik ayam, seafood atau paprik campur bukan saja enak tapi mudah. Satu lauk ini saja dah lengkap hidangan kerana ada lauk dan sayur.
Cuma kena pastikan kuah paprik ini dibuat lebih supaya puas makan. Takdelah anak-anak terkuis-kuis kuah yang sedikit. Kalau boleh buat paprik kuah ‘banjir’ seperti yang dikongsi oleh HasnorFadila Kadir.
Resipi paprik ini menggunakan udang tapi boleh saja diolah mengikut cita rasa.
Bahan-bahan
Udang
1 senduk cili kering
1 biji bawang besar
1 ulas bawang kecil
Halia
Serai
Daun limau purut
Bawang besar/holland potong bulat
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
Garam
Gula
Perencah hilal
Air
Bahan sayur dipotong
Lobak merah, bunga kubis, jagung, tomato, cendawan, kacang panjang, kacang buncis
1. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga garing. Lepastu masukkan cili kering dan tumis lagi sampai garing.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato, sos tiram,kicap manis, serai dan daun limau purut dan masak lagi.
3. Lepastu masukkan bahan lobak, jagung mudah kemudian tambah perasa bersama perencah Hilal.
4. Masukkan udang, cendawan, tomato, bawang yang dipotong bulat. Akhir sekali sekali masukkan kacang buncis atau kacang panjang. Siap.
INFO: Sekiranya mahu menggunakan ayam, boleh masuk masa selepas menumis bawang atau cili kering.
Sumber: HasnorFadila Kadir