Makan

Tip Masak Nasi Minyak Yang Gebu, Lembut & Sedap. Boleh Guna Untuk Masak Nasi Berperisa Lain Juga

Share

Menu nasi minyak yang sinonim dengan hidangan majlis kahwin selalu saja kita hidang untuk hidangan di rumah terutama untuk hari-hari istimewa.

Bagi penggemar nasi minyak boleh cuba kaedah memasak yang dikongsi oleh Hayati Sham.untuk hasil nasi yang bukan saja sedap tapi gebu dan lembut. Nasi  menggunakan kaedah ini juga cepat masak, 15 minit dah siap.

Tip ini juga boleh digunakan untuk memasak nasi berperisa yang lain seperti nasi tomato, nasi ayam, beriani, hujan panas dan macam macam lagi.

Saya share tip masak nasi minyak atau apa-apa nasi berperisa supaya gebu, lembut dan sedap. Caranya seperti berikut;

  • Selepas tumis semua bahan menumis, masukkan susu atau air rebusan bagai biarkan hingga mendidih.
  • Kemudian barulah masukkan beras basmathi yang telah direndam, dibasuh dan ditoskan.
  • Dalam 10 hingga 15 minit, nasi akan siap masak dan hasilnya sangat gebu dan lembut.
Resipi nasi minyak gebu

Beliau turut memberikan resipi nasi minyak yang dimasak mengikut kaedah di atas.

Bahan-bahan

1kg beras basmathi
1400 ml air
200 ml susu cair
4 sekawan serba satu
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Halia sebesar 1 ibu jari
3 tbsp minyak sapi
1 tbsp minyak masak
2 helai daun pandan
Pewarna merah dan kuning sedikit

Cara membuat

1. Basuh beras dan rendam 30 minit dan tos
2. Tumis hirisan bawang merah, putih dan halia hinga naik bau. Masukkan daun pandan kemudian tuangkan susu cair dan air. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras. Tutup periuk.
4. Bila nasi hamper masak, titiskan pewarna.

Sumber: Hayati Sham

 

Published by
VK