Tip Masak Sambal Sotong Yang Sedap. Sotong Tak Kecut, Sambal Pun Pekat Tak Berair

Share

Lauk sambal sotong makan tengah hari memang sedap. Lawan dengan sayur goreng dah lengkap hidangan.

Tapi bagi yang baru-baru belajar masak, sambal sotong selalu berair dan sotongnya kecut. Lagi tak best nak makan bila sambal pun ada bau sedikit bau hanyir.

Kalau nak masak sambal sotong ini ada caranya supaya, sotong tak kecut, kembang elok serta sambal pun pekat.

Boleh ikut cara ini ya. Tip ini dikongsi oleh Ayue Jalal Dan Aimi Marina Saadan.

Tip masak sambal sotong sedap, tak berair

Sebelum ni masak sambal sotong tak rebus dulu pun. Terus saja masak. Tapi ada sekali terbaca cara masak sambal sotong, sotong itu direbus dulu untuk rasa lebih sedap. Bila cuba, betul apa yang dikata… memang sedap.

Caranya:

  • Rebus sedikit air hingga mendidih.
  • kemudian masukkan sotong dalam air mendidih, rebus sekejap saja dalam satu minit dan tos.
  • Dah kering air sotong barulah masukkan dalam sambal dalam kuali.
  • Boleh juga kalau panaskan saja sotong dalam kuali tanpa letak air. Biar air sotong keluar sampai kering. Dua-dua cara ini boleh guna, rasanya tetap sama.

  • Masukkan sotong yang ditos bila sambal dah terbit minyak. Tumis dengan gula merah dan gula biasa. Guna api yang kecil.
  • Boleh juga masukkan sedikit air rebusan sotong supaya sambal ada rasa manis sotong.
  • Bila dah masukkan sotong, gaul sekejap saja dengan sambal dalam 2-3 minit boleh diangkat.
  • Boleh juga guna tip ini untuk masak udang.

Selamat mencuba.

Sumber: Ayue Jalal & Aimi Marina Saadan

 

Published by
VK