Asyik hidang sup ayam atau daging saja, apa kata cuba buat pula sup ikan. Guna ikan merah lagi sedap! Nak buat sup ini pun punyalah senang.
Cuma kena ikut petua ini supaya ikan tak hancur. Kalau tak nanti hilang mood bila tengok ikan tiada bentuk dalam sup. Caranya dikongsi oleh Annida Ammar
yang turut menyertakan resipi sambal kicap supaya hidangan sup ikan lagi padu rasanya.Bahan-bahan
-Ikan merah-dipotong
-Bawang kecil
-Bawang putih
-Halia
-Kulit kayu manis
-Daun sup
-Lobak merah
-Garam
-Minyak masak
Cara membuat:
1. Tumbuk bawang kecil, bawang putih dan halia secukupnya (sup lagi sedap kalau bahan-bahan ini ditumbuk).
2. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dulu, kemudian baru masukkan bahan ditumbuk tadi. Tumis hingga naik bau.
3. Masukkan garam dan tambah air. Biarkan mendidih.
4. Selepas mendidih baru masukkan ikan dan jangan kacau atau balik-balikkan ikan, nanti ikan hancur lebur.
5. Masukkan lobak dan juga daun sup.
Selamat mencuba.
Sumber: Annida Ammar