Tip Masak Sup Telur Suhun Yang Sedap, Telur Pun Tak Berterabur

Share

Masakan ringkas saja sup telur suhun tapi bila makan terasa sedapnya dan puas walau hanya ini lauknya. Ini juga lauk nostalgia yang dimasak oleh mak-mak kita dulu.

Kembali popular bila dikongsi oleh Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menu memang sangat ringkas. Tapi untuk dapat sup telur yang sedap, telur tak berterabur boleh ikut tip yang dikongsi oleh Yatie Kitchen

ini.

Bahan-bahan
Bawang merah
Bawang putih
Telur
Suhun
Mushroom seasoning

Cara membuat:

1. Tumis bawang merah dan bawang putih sampai garing kemudian masuk air. Biar mendidih.

2. Sebaik air mendidih, tutup api dan pecahkan telur supaya putih telur tak berterabur.

3. Biarkan lebih kurang 5 minit atau agak-agak telur dah masak barulah buka kembali api.

4. Sebaik mendidih, terus tutup api dan masukkan suhun, daun sup atau daun bawang dan mushroom seasoning. Siap.

Mudah sangat kan!

Selamat mencuba.

Sumber: Yatie Kitchen

 

Published by
VK