Sains

Tip Mudah Bezakan Bateri Lama Dengan Bateri Baru Kalau Tercampur. Jatuhkan Tengok Melantun Atau Tak

Share

Nak tukar bateri, tapi tercampur pulak bateri baru dengan yang lama. Jenis bateri pulak sama, dah tak tahu mana satu yang lama dan baru.

Kalau jadi begini macam mana nak bezakan? Biasa kita buat masukkan bateri dalam remote untuk test tapi lepas ni tak payah susah susah. Boleh guna tip yang dikongsi boleh Jason Jezi

ini ya.

Cara bezakan bateri lama dengan yang baru

Untuk kenal pasti bateri lama dan baru caranya mudah saja.

1. Ambil dua bateri dan jatuhkan ke permukaan meja atau lantai.

2. Lihat tindak balas semasa bateri jatuh. Bateri yang melantun beberapa kali menandakan ia bateri lama kerana sudah kosong.

3. Bateri yang tidak melantun adalah bateri baru, kerana masih penuh.  Mudahkan!

@jason_jezi Jika #battery tercampur dgn lama dan baru Ini #Cara bezakan. Senang saja share kpd kawan2 tgk☺️ #TikTokGuru #jombelajar #learnontiktok #tips ♬ original sound – jason_jezi
Published by
VK