Dekorasi

Tip Mudah Elak Roller & Berus Cat Mengeras Lepas Guna. Tak Perlu Cuci Cuma Buat Begini

Share

Ramai mengecat sendiri saja kediaman terutama untuk ruang dalam rumah. Lebih jimat dari upah tukang. Bila dah cat sendiri, masa yang diambil pun agak lama. Masalah biasa bila ambil masa lama mengecat, roller atau berus cat yang ditinggalkan mula mengeras. Sudahnya kena beli berus atau roller lain.

Untuk elak kejadian berus atau roller keras selepas ditinggalkan boleh ikut tip yang dikongsi oleh Atama Aaeman.

Buat begini supaya roller & berus cat tak keras

Tip mengelak penggelek (roller) atau berus cat mengeras selepas diguna dan dibiarkan semalaman.

Roller ini saya dah guna 2 hari untuk mengecat. Hari ni nak guna lagi, sambung mengecat. Boleh digunakan terus tanpa perlu dicuci selepas diguna.
Caranya mudah saja,

1. Balut roller dengan beg plastik seperti dalam gambar. Saiz plastik ikut saiz roller.

2. Selepas balut pastikan plastik dipulas pada roller sehingga kebanyakan udara di  dalamnya keluar dan lekat ketat pada roller. Boleh juga lekat dengan pita pelekat atau gunakan gelang getah untuk elak balutan terbuka.

3. Roller yang sudah dibalut boleh dibiar begitu sahaja tanpa perlu dicuci selepas guna jika ada niat nak sambung pakai keesokan harinya. Makin banyak sisa cat pada roller makin bagus, cat tidak akan kering jika dibalut dengan betul.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Atama Aaeman

Baca juga artikel ini kalau sedang mengecat rumah : Kalau Cat Sendiri Rumah, Ikut Teknik M Atau W. Barulah Cat Sekata & Cantik

 

Published by
VK