Masalah singki tersumbat memang akan ‘spoilkan mood untuk memasak. Ada masa nak tak nak kena panggil plumber untuk selesaikan masalah ini. Kosnya lebih kurang RM250.
Supaya tak berlaku kejadian macam ini lagi sebaiknya kita buat langkah pencegahan. Boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh Kamal Hamid. Tip ini katanya diperoleh dari pada seorang plumber.
Bagi penjagaan singki untuk elak tersumbat, sebulan sekali lakukan perkara ini;
1. Tutup lubang sinki dan tadah air dalam sinki semaksimum mungkin.
2. Bila air dah penuh sinki, lepaskan serentak.
Ads
3. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya sebulan sekali insya-Allah sinki susah nak tersumbat. Daya tolakan air yang kuat akan bantu flush semua kotoran dalam saluran. Cara ini juga lebih selamat berbanding guna, asid, peluntur, bikarbonat.
INFO
Ads
Ini adalah maintainance supaya singki tak tersumbat kalau dah tersumbat memang kena selesaikan dulu. Selepas itu lakukan tip di atas untuk elak kejadian berulang.
Selain itu sebagai langkah pencegahan gunakan juga penapis di corong singki supaya sisa makan tak masuk saluran paip.
Ads
Elak jadikan singki sebagai tong sampah untuk membuang sisa makanan, kuah, lemak ayam dan sebagainya, ini adalah punca singki tersumbat.
Bila karpet di rumah kotor biasanya kita akan hantar ke dobi saja untuk cuci. Mana ada alat kelengkapan untuk cuci sendiri.
Tapi sebenarnya kita boleh ubah suai vakum yang ada di rumah kita untuk jadi vakum penyedut air untuk bersihkan karpet dan kusyen kereta.
Caranya dikongsi oleh Hong Duan, jadi lepas ni karpet, kusyen kereta atau sofa kotor boleh cuci sendiri, tak perlu panggil khidmat cucian untuk tujuan ini. Jimat kan.
Buat sendiri vakum penyedut air
Ubah suai vakum biasa jadi penyedut air untuk bersih karpet dan kusyen. Modal lebih kurang RM50 saja tapi hasilnya cukup puas hati.
Berfungsi elok, ia sedut air hanya menggunakan separuh kuasa sedutan dari vakum ini. Sekarang dah boleh cuci karpet dan kusyen kereta sendiri. Woohoo.
1. Ini alat yang digunakan bekas cat bersama inlet dan outlet bersambung dengan hos vakum dan wet nozzle (inlet dan outlet paip beli di hardware).
2. Saya buat sedikit plumbing pvc fitting dan pendek paip untuk pastikan host muat.
3. Ini bahagian dalam, tak perlu guna gam pun.
4. Dah siap guna boleh letak dalam tong.
5. Air kotor yang disedut dari karpet. Boleh buang.
6. Ini vakum yang digunakan, kekal kering sepanjang pembersihan.
Bagi memastikan tanaman yang kita tanam di rumah subur, faktor tanah atau media cukup penting. Selalunya kita guna tanah campuran yang kita beli terus di nurseri. Tanah jenis ini memang membantu tanaman kita subur.
Tapi daripada beli apa kata kita buat sendiri tanah campuran ini. Lagi jimat dan cara menyediakannya juga mudah. Bagi yang banyak bercucuk tanam boleh ikut perkongsian Azuan Abdullah untuk membuatnya.
Cara buat tanah campuran yang paling mudah
Nisbah untuk buat tanah campuran ini tiada yang tepat sebenarnya, sebab ia bergantung kepada jenis dan tekstur tanah top soil tersebut.
Kebiasaan yang selalu saya buat adalah nisbah 2:1:1 dan 1:1:1. Yang saya ajar ini adalah nisbah 2:1:1. Ianya bermaksud 2 bahagian tanah top soil, 1 bahagian pasir dan 1 bahagian bahan organik.
Ini bahan-bahan yang digunakan:
Tanah top soil
Pasir halus (nak guna cocopeat pun boleh)
Tinja lembu kering (nak guna bokashi, kompos atau lain-lain bahan organik pun boleh)
EM atau Plant Booster
Cara membuat:
1. Ambil 2 bahagian tanah top soil. Tanah ini saya ambil depan rumah saja.
2. Ambil 1 bahagian pasir halus. Ini pasir lebihan buat pagar rumah.
3. Ambil 1 bahagian tinja lembu kering. Pastikan ianya dah betul-betul kering (boleh juga guna tinja ayam, kambing bokashi atau kompos).
4. Gaulkan ke 3-3 bahan tadi hingga sebati.
5. Isikan campuran yang dah siap di dalam bekas tanaman yang kita nak guna. Saya guna tong cat terpakai saja.
6. Siram tanah campuran tadi dengan plant booster atau EM. Kadar pencairan adalah 15-20 ml untuk 1 liter air. Saya siram lebih kurang 2 liter untuk satu tong cat.
7. Jika tak ada EM atau Plant Booster, tak jadi masalah. Siram saja dengan air kosong.
8. Biarkan tanah selama satu minggu. Lepas satu minggu boleh tanam dengan pokok yang kita suka.
9. Media campuran yang lebih, saya simpan dalam tong sampah hitam sebagai stok. Tutup dan simpan ditempat redup. 2 minggu sekali siram dengan plant booster. Senang bila nak guna, terus ambil.
10. Pastikan tong cat dan tong sampah tadi ditebuk dibahagian bawah. Jika tak tebuk, tanah campuran kita akan rosak nanti.
Nisbah tanah campuran 2:1:1 ini sesuai untuk semua jenis tanaman kecuali nanas MD2. Untuk nanas MD2, saya guna nisbah 1:1:1.
Kelebihan guna tanah campuran
Kenapa bila berkebun dapur, saya suka guna tanah campuran berbanding media lain. Sebabnya bila guna tanah campuran, kita boleh jimat air. Tak ingat siram dua hari pun pokok steady jer. Tak layu.
Baja pun boleh jimat juga. Macam pokok di rumah saya, hanya 2 kali seminggu diberi air baja. Jimat tak?
Panduan tinggalkan kucing sendirian di rumah ini penting bagi yang memelihara banyak anak bulus dan akan meninggalkan mereka di rumah untuk pulang beraya di...