
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Kredit : Zue Razak
Cara Masak Kurma Sedap Ayam Atau Daging, Kena Letak Bawang Goreng

Isi Kandungan
ToggleCara masak kurma sedap petuanya letak bawang goreng! Turut dikenali sebagai kurma bawang goreng dan petua inilah oleh Kamariah Hashim juga gunakan setiap kali menyediakan masakan kurma baik kurma ayam atau daging.
Selain itu cara memasak kurma ini juga tidak menggunakan santan sebaliknya hanya susu cair. Sedap dijadikan hidangan nasi minyak, beriayani atau pun nasi putih pun boleh.
Cara masak kurma sedap
Bahan untuk memasak kurma
1 ekor ayam /1 kg daging -dipotong
3 sudu besar rempah kurma
4 biji kentang -dibelah
7-8 tangkai cili padi
8-10 biji tomato ceri
5 genggam bawang goreng
1 sudu makan kerisik
2 sudu makan gula merah
5 sudu susu cair – untuk perapan ayam/daging
1 cawan susu cair -(utk bubuh kemudian)
Bahan kisar
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan tumis
Kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
1 biji bawang besar- hiris nipis
3 ulas bawang putih- hiris
Cara memasak
1. Perap ayam/daging dengan rempah, bawang goreng, kerisik, gula merah dan bahan kisar bersama susu cair dalam 15 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan bahan tumis hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam/daging yang diperap tadi ke dalam tumisan. Kacau.
3. Masukkan air hingga ayam/ daging tenggelam kemudian masukkan kentang, garam dan perasa. Sekiranya ayam/ daging belum empuk boleh tambahkan air sedikit lagi.
4. Selepas agak pekat, ayam/daging dan kentang empuk tuangkan satu cawan susu cair. Kacau rata.
5. Akhir sekali masukkan cili padi dan tomato ceri. Sedia dihidangkan.
Kredit resipi & foto: Kamariah Hashim
Artikel berkait : Tuang Minyak Sapi, Rahsia Masak Kurma Jadi Lebih Sedap. Boleh Guna Untuk Ayam Atau Daging
Tip Mudah Tanggalkan Cebisan Tisu, Kertas Yang Melekat Pada Pakaian Dalam Mesin Basuh

Isi Kandungan
ToggleAda masa kita terlupa untuk keluarkan tisu atau kertas dari poket seluar. Akibatnya berlakulah ‘tragedi’ waktu membasuh pakaian menggunakan mesin basuh.
Habis semua pakaian yang melekat cebisan putih dari kertas tadi. Memang boleh ‘angin’ dibuatnya. Lagi stres kalau kebanyakan pakaian yang dibasuh itu berwarna gelap. Lagilah nampak cebisan putih yang bertepek itu.
Memandangkan kejadian seperti ini selalu juga berlaku maka kita kena tahu cara untuk membuang cebisan tisu yang dah melekat pada pakaian ini.
Seorang pengguna Twitter dari Jepun, Yukino telah berkongsi solusi kepada masalah ini dan caranya cukup mudah. Disebabkan itu ciapannya telah mendapat lebih 500k tanda suka. Bermakna ramai yang berdepan dengan masalah ini.
Cuma letak pelembut pakaian
Ujar beliau yang turut berdepan dengan masalah tersebut cara menyelesaikannya cukup mudah.
Bagi pakaian yang telah diselaputi cebisan tisu dalam mesin basuh ia akan kembali bersih dengan cara membuat satu lagi basuhan iaitu 1 kitaran bilasan dan 1 spin dan tambahkan pelembut pakaian.
Selepas kitaran itu, tisu yang melekat pakaian tadi akan hilang. Jadi jangan lagi risau kalau berlaku lagi kejadian ini berlaku.
Masukkan dalam dryer
Dalam pada itu netizen turut berkongsi lagi satu tip iaitu, memasukkan pakaian yang penuh dengan cebisan tisu ini ke dalam dryer. Cebisan tisu akan lenyap dan baju akan bersih selepas proses pengeringan tamat.
Kalau tiada dryer, boleh ikut cara pertama ya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Yukino & Siakapkeli
Buat Sendiri Ayam Tandoori, Sedap & ‘Juicy’ Macam Makan Di Restoren Mamak

Isi Kandungan
ToggleBila terasa nak makan ayam tandoori biasanya kita akan ke restoren mamak untuk memuaskan selera. Tapi kalau tak berapa rajin nak keluar ayam tandoori ini boleh juga kita buat sendiri di rumah.
Caranya boleh ikut perkongsian Nurul Joe kerana hasilnya sedap dan juicy seperti makan di restoren mamak.
Buat sendiri ayam tandoori
Bahan-bahan:
1 ekor ayam – potong empat dan kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk kunyit
1 sudu besar serbuk lada sulah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar marjerin
2 sudu kecil garam
3 biji bawang besar
10 biji bawang putih
2 inci halia
3 biji buah pelaga
Daun ketumbar
1 biji jus lemon
1 cawan greek/plain yogurt
Sedikit pewarna merah
Cara membuat
1. Campur semua bahan di atas dan kisar halus.
2. Gaul bahan yang dikisar ini dengan ayam dan perap 5 jam atau lebih menggunakan aluminium foil.
3. Buka aluminium foil, keluarkan ayam dan letak dalam Loyang.
4. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c dalam sejam atau sehingga masak. Nak goreng pun boleh.
Selamat mencuba
Sumber: Nurul Joe