Tip Mudah Hilangkan Kesan Kulat Pada Dinding Rumah, Cuma Guna Cuka & Air

Share

Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.

Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada

Zue Razak.

Tip hilangkan kulat pada dinding rumah

Bahan yang diperlukan
Air
Cuka

Cara-caranya:

1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.

2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.

3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.

Kredit : Zue Razak

 

Published by
VK