
Rumah dah cantik deko tapi tiba-tiba kat dinding penuh dengan kulat putih. Memang spoil. Tapi masalah kulat pada dinding ini banyak berlaku pada kediaman.
Kadang-kadang cat masih baru lagi, tapi dah naik kulat. Kalau mata dah sakit tengok dinding penuh corak putih ini boleh gunakan tip mudah ini untuk bersihkan dinding perkongsian daripada Zue Razak.
Tip hilangkan kulat pada dinding rumah
Bahan yang diperlukan
Air
Cuka
Cara-caranya:
1. Campurkan air dengan cuka. Cuka haruslah sama banyak dengan air.
2. Ambil kain dan lap. Lakukan sehingga kulat hilang.
3. Cara yang sama juga boleh dilakukan untuk hilangkan kulat pada almari kayu.
Kredit : Zue Razak
Cara Betul Petik Cili Supaya Pokok Cepat Berbuah Semula & Cili Tahan Lama

Ramai yang tanam pokok cili di rumah dan bila nak petik, ambil gunting dan potong separuh tangkai.
Memang senang tapi sebenarnya ini cara salah tuai cili. Untuk petik cili dari pokok ada tekniknya. Ia penting dipraktikkan supaya pokok cili mudah berbunga dan berbuah kembali dan juga untuk pastikan buah cili tahan lama.
Caranya dikongsi oleh Salleh Mohammad yang juga pengusaha kebun pelbagai jenis sayuran.
Cara betul petik buah cili dari pokok
1. Jangan potong separuh tangkai guna gunting untuk ambil cili. Cara petik cili yang betul adalah dengan memetik sekali tangkainya supaya tapak tangkai tadi akan berbunga semula.
2. Jika potong di tengah tangkai, tapak tadi akan ambil masa untuk berbunga kerana perlu menunggu tangkai cili yang tertinggal luruh.
Petik sekali tangkainya seperti gambar di bawah.
3. Teknik mudah untuk petik cili guna jari, pegang pangkal tangkai cili kemudian lipat ke bawah. Memang mudah tanggal.
4. Selain itu jangan petik cili ketika waktu hujan atau di awal pagi. Ini kerana cili yang basah akan mudah busuk dan tak tahan lama. Petik ketika buah cili dan tangkainya dalam keadaan kering.
Dah tahu caranya, praktikkan. Semoga bermanfaat.
Sumber: Salleh Mohammad.
Begini Rupanya Cara Betul Seterika Baju, Barulah Kedutan Cepat Hilang. Ramai Yang Salah Cara

Jadi rutin kita hampir setiap hari untuk akan menggosok atau seterika baju. Tapi selama ini adakah kita seterika baju dengan cara yang betul?
Dikongsi oleh seorang Amir Nano yang juga tenaga pengajar dalam industeri jahitan rupanya kebanyakan daripada kita menggosok baju dengan cara yang tidak tepat. Hasilnya baju yang digosok lambat hilang kedutan.
Dalam pada itu beliau menunjukkan cara betul menggosok pakaian agar cepat licin dalam satu video di akaun Tik Tok beliau @amir17.
Cara gosok baju yang betul
“Bila menggosok baju, jangan gosok dengan cepat. Ia takkan hilangkan kedut.
“Cara menggosok yang betul adalah dengan letak seterika, tekan dan gosok dengan perlahan.
“Gosok dengan perlahan ini penting, barulah haba ada masa untuk licinkan baju,”terang beliau.
Geram betul cikgu bila suruh peserta gosok baju/fabrik ala kadar je hasilnya. Nak gosok pakaian ni perlu rilek, tak perlu pun terburu-buru, tak perlu tekan kuat-kuat, tak perlu beria-beria benoorr. Apa yang oenting waktu menekan pakaian tu, kita feel fabrik tu. Kita layan jee.. Tekan slow-slow bagi masa pada fabrik tu untuk kena haba yang betul supaya lebih licin.♬ original sound – AMIR NANO
Berbaloi Buat Samosa Inti Kentang Ini, Mudah Sangat. Buat Banyak Untuk Frozen, Senang Nak Makan

Isi Kandungan
ToggleSalah satu yang kuih frozen yang mudah dan boleh kita buat banyak untuk jadikan stok adalah samosa kentang.
Modal pun tak banyak cuma guna kentang dan lobak. Cara membuatnya dikongsi oleh Sabariah Nor Mohd Yusof. Senang nak makan bila bila, goreng saja. Paling penting kuih ni rangup dan sedap.
Samosa inti kentang, buat mudah & bahan pun tak banyak
Bahan untuk inti:
5 biji kentang – potong dadu
1 batang lobak merah – ambil suku & potong dadu
1 biji bawang besar – potong dadu
Sedikit daun bawang
1 1/2 sudu makan gula
1 sudu makan garam
Serbuk perasa
Sedikit lada hitam – ditumbuk lumat
Kulit popia
Info: Bahan ini untuk 20-25 biji samosa
Cara membuat:
- Rebus seketika kentang dan lobak merah supaya empuk. Kemudian tos.
2. Tumis bawang besar yang dipotong dadu sampai layu.
3. Masuk ubi kentang dan lobak merah bersama semua bahan-bahan lain, gaul rata & perasakan.
4. Siap inti samosa.
Cara lipat samosa
- Sediakan bahan utamanya iaitu kulit popia dan inti yang siap dimasak. Sebelum itu bancuh 2 sudu besar tepung gandum bersama air untuk lekatkan samosa supaya tak terburai.
- Ambil kulit popia potong dua. Letak tepung tadi di hujung untuk sambung supaya panjang.
- Boleh mula melipat. Lipat jadi segitiga ikut langkah 1 &2, kemudian masukkan inti. Lipat jadi segitiga lagi.
- Letak bancuhan tepung tadi di hujung supaya melekat, letak juga di ruang-ruang kosong (langkah 6 & 7). Siap!
Nak goreng terus pun boleh, nak frozen pun boleh untuk makan lain waktu.
Cara lipat samosa tanpa potong
Boleh juga lipat cara ini, lebih mudah. Tak perlu potong kulit popia. Cara ini dikongsi oleh Cik Puan Rose
Selamat mencuba!
Sumber: Sabariah Nor Mohd Yusof