Titisan air yang dibiarkan tanpa akibat hujan, embun atau membasuh kereta boleh menyebabkan watermark pada cermin kereta.
Cermin kereta akan mampak bertompok-tompok dan kelihatan kotor. Watermark ini memang sukar dihilangkan apa lagi kalau dibiarkan lebih lama tanpa dicuci.
Nak hilangkan watermark ini perlu cucian khas dan lebih mahal harga jika dilakukan di pusat cucian kereta.
Tapi jika nak jimat boleh praktikkan tip yang dikongsi oleh pemilik akaun TikTok Bezza_jerw. Beliau berkongsi cara mudah menghilangkan watermark pada cermin kereta ini dengan hanya menggunakan pes pencuci pinggan. Video TikTok beliau ini mendapat lebih 4 juta tontonan.
Cara yang ditunjukkan memang mudah dan murah.
Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta guna pes pencuci pinggan
Ads
1. Ambil pes pencuci pinggan (sebaiknya jenama Labour kerana teksturnya lebih halus).
2. Basahkan cermin kereta kemudian ambil span dan calit pencuci pinggan tadi.
3. Gosok pada cermin kereta yang mempunyai watermark tapi pastikan secara membulat supaya lebih berkesan.
Ads
4. Selepas itu sembur cermin kereta dengan air, bilas sabun sehingga bersih.
5. Lepas bilas anda akan dapat kesan watermark dah hilang! Kemudian lap cermin kereta hingga kering.
Gara-gara menyimbah peluntur ke dalam bilik air untuk membersihkan ruang itu seorang isteri mengalami peristiwa menakutkan bila mana suaminya rebah dan tidak boleh bernafas.
Suami yang menggunakan peluntur dicampur pencuci mozek kemudian menutup pintu bilik air berdepan dengan reaksi bahan kimia tersebut apabila mengalami muntah, batuk, tidak boleh bernafas dan rebah dengan mulut berbuih.
“Dia batuk tak berenti, muntah-muntah datang depan dengan muka pucat tak boleh nafas. Dia terbaring senyap, ingat tidur rupanya collapse dan mulut berbuih teruk
Gas reaksi dari bahan pencuci tu penuh dalam dada dia,” cerita Hana Hana Mashitah tentang kejadian yang berlaku kepada suaminya.
Hampir 15 minit dalam keadaan demikian barulah suaminya sedar dan kembali pulih (klik SINI untuk baca posting beliau).
Pengajaran dari kisah ini, jangan ambil mudah tentang penggunaan peluntur atau bleach apa jua jenama untuk membersikan kediaman.
Kita memang selalu menggunakannya untuk bersihkan bilik air kerana mudah membersihkan kotoran tapi kena tahu cara betul menggunakan bahan kimia ini. Penggunaan tak mengikut arahan boleh bawa mudarat.
Panduan guna peluntur/ bleach untuk bersih kediaman
Sebagai panduan daripada kisah tersebut, Puan Dinas Elmi,bekas jurutera yang pernah mempelajari bidang chemical engineering berkongsi tip penggunaan peluntur ini dengan betul di rumah.
Jangan campur dengan pencuci lain
Tolong lah guna semua jenis pencuci ikut saranan pengeluar.
Jangan sesuka hati campur-campur bahan pencuci melainkan anda seorang chemist dan tahu berapa kadar dan apa reaksi setiap bahan kimia.
Pencuci mozek botol coklat tu biasanya mengandungi asid. Clorox pulak (nama brand. Secara amnya kita panggil peluntur/bleach) mengandungi sodium hypochlorite (NaClO).. Bila dua ini bersatu, gas klorin akan terbebas.
Buka pintu atau tingkap bila bersih guna peluntur
Gas klorin campur air dia jadi hypochloric+hypochlorous acid. Short exposure pada gas klorin even pada paras rendah boleh sebabkan kerengsangan pada mata, tekak, hidung. Batuk, sukar bernafas, mata berair pedih. Higher level akan jadi macam dalam kisah suami Puan tersebut sesak dada, tak boleh nafas langsung, mulut berbuih, pengsan.
Untuk penggunaan bahan peluntur ini tolong buka tingkap & pintu bilik air. Pakai selipar dan sarung tangan untuk elak direct contact pada kulit. Saya pakai dust mask (N95, no leakage tutup keliling hidung/mulut, bukan mask disposable yg biasa pakai hari-hari tu).
Hanya guna untuk kotoran degil
Biasanya kalau dah sembur satu bilik air, concentration dia mmg akan tinggi. dan full PPE termasuk goggle akan saya perlukan sebab rasa mata pedih. Jadi saya selalu hadkan penggunaannya untuk yang betul-betul stubborn stain akibat kulat.
Rule of thumb saya guna untuk cucian biasa, semburan pada luas kawasan kurang dari 1 meter persegi. Sebab leceh nak cuci bilik air kena pakai FULL PPE pulak. Kalau perlu sembur lebih memang akan spend time pakai PPE. I value my life.
Tip penggunaan perlu diikuti
Important key points:
✅ JANGAN CAMPUR-CAMPUR pencuci
✅ Bleach perlu pencairan (tambah air) ikut sukatan arahan pengeluar
✅ Guna ikut aturan pengeluar
✅ Pengudaraan penting!
✅ PPE, PPE, PPE. Gloves & selipar setiap penggunaan. Bila nak handle pada konsentrasi tinggi tambah extra goggles & mask.
✅ Jangan BERLAGAK HERO walaupun tubuh badan dah tunjukkan tanda amaran (pedih mata, pedih tekak).
Jika pedih mata dan batuk, apa perlu buat
Bila badan mula rasa tanda amaran itu, terus keluar dari bilik air. Biar pintu bilik air terbuka dulu, tinggalkan setengah jam dan beritahu semua ahli keluarga jangan masuk dulu bilik air atau diri dekat pintu bilik air.
Next round nak masuk, pakai PPE dan terus pancut dengan air. Jangan sibuk-sibuk nak berus. Bagi dilute semua dulu baru berus. OKAY?
Menu diet yang dikongsi oleh Syamimi N Khalil ini adalah apa yang dipraktikkan oleh ibu anak empat ini.
Bulan pertama mencubanya dia sudah berjaya menurunkan 10 kg. Sekarang Syamimi sudah pun memperoleh berat badan yang diidamkan 52 KG berbanding 70KG sebelum ini.
Bagi yang nak mencuba, boleh ikut cara Syamimi ini.
Menu Diet Ramadan Hilang 5kg – 10kg
Rutin selepas bangun tidur
– buang air
– timbang, ukur lilit badan dan catat setiap hari
*tips timbang paling tepat, timbang tanpa baju.
2. Sepanjang tempoh ini makanan lebih kepada ‘eat clean’
– kurangkan minyak
– kurangkan garam
– kurangkan kicap sos dll
– tiada gula *ambil gula dari buah sahaja
– tiada air manis
– pejam mata untuk (makanan segera, kek, coklat, aiskrim, mee goreng, kuew tiow goreng dll)
3. Bagi yag nak ambil nasi, sukat nasi dalam 1 cup dadih saiz kecil. Terbaik pilihan beras basmathi 0% gula, tp kalau guna beras biasa pun okay.
Saya letak *=M O R E H tu merujuk kepada WAKTU makan selepas tarawikh.
Perkongsian saya untuk 10 hari Ramadan, hari lain boleh ulang menu yg sama.
TIP
Bagi memudahkan kerja mommies yg nak sediakan juadah berbuka untuk keluarga juga, rasa renyah nak kene sediakan 2 menu, jadi boleh lah ambil lauk tanpa kuah okay.
Contohnya kari ayam ke, ayam masak kurma ke, ayam masak lemak cili api dll.
Atau yg bekerja tak sempat nak masak dan beli lauk di bazar, masa berbuka ambik lauk je, asingkan kuah okay.
Menu diet Ramadhan ni sy kongsikan kepada mereka yg nak usaha Kurus Raya Ideal-Fit ri.
Kuih muih boleh la ambil sepotong/sebiji dalam seminggu sekali. (sy pun terliur juga sbb ada sesetengah kuih ni ms di bulan Ramadhan je jumpa kan) ?
Menu udang dan daging cukup 2-3 kali sepanjang Ramadhan ini yea.. Ambik ikan, telur dan ayam.
Ambil green tea selepas berbuka
Cara bersenam (Tarawikh, Tahajjud, Qiam)
Banyakkan minum air kosong.
Semoga perkongsian saya ini bermanfaat utk semua. Jangan lupa ambil gambar sekarang dan Raya nanti yea. Saya doakan semua yg di dalam usaha akan berjaya.
Sushi antara makanan luar negara yang semakin digemari oleh masyarakat Malaysia. Apatah lagi sushi yang diolah ikut cita rasa Malaysia.
Jika biasanya menu dari Jepun ini menggunakan nasi, rupanya kita boleh tukar menggunakan roti saja. Kreatif kan orang kita! Untuk yang sedang diet atau tak mahu makan nasi boleh buat sushi ini.
Hidangan sushi roti sandwic ini memang takkan jumpa di kedai, jadinya kena buat sendiri. Cara membuatnya dikongsi Shahrul Bieha.
Cara buat sushi guna roti keping
Bahan-bahan
Seaweed roasted – potong dua (untuk buat sushi)
Roti keping (Gardenia) – dilenyek
Salad – secukupnya
Lobak merah – dipotong memanjang
Sosej – potong dua/crabstick celur
Gravvy, topping, lagi banyak lagi sedap
Sos cili
Mayonais
Thousand Island/keju
Bijan
Cara membuat:
1. Sapu mayonis pada roti depan dan belakang
2. Susun roti pada seaweed yang telah dipotong dua. Saya pakai 1 1/2 atau 2 keping roti lenyek.
3. Susun lobak merah, sosej, daun salad macam buat sandwic.
4. Gulungkn sandwic kemudian potong kepada 5 bahagian.