Tip Mudah Tanam Bendi Tepi Rumah, Semai Benih Dalam Cup, Terus Masuk Polibeg

Share

Bagi yang baru nak mula bercucuk tanam, cara yang dikongsi oleh Rose Jepun Laila ini boleh dipraktikkan.

Lebih mudah untuk beginner, semai biji benih dalam cup plastik letak terus dalam polibeg sampai tumbuh daun.

Tip mudah tanam bendi tepi rumah

Untuk makan sendiri, saya tanam 10 polibeg tepi rumah. Cara saya;

  1. Semai dalam cup plastik bila dah keluar 4 helai daun, tanam dalam polibeg bersama cup (rujuk gambar di bawah).

2. Selepas 3 hari, keluarkan anak bendi dari cup dan masukkan dalam lubang polibeg yang dah tersedia cantik seperti gambar di bawah.

3. Ini yang dah siap dipindahkan. Cantik je kan.

Tanam bendi ini untuk makan sendiri, tanam dalam polibeg. Tanam satu jenis sayur dalam 10 polibeg.

10 pokok dah ok dah untuk bendi
10 pokok terung
10 pokok cili
10 polibeg kangkung
10 polibeg bayam brazil
10 polibeg apa apa sayur yang awak suka
Dah boleh rotate untuk makan seminggu.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Rose Jepun Laila

 

Published by
VK