Tip Mudah Tanam Pokok Sayur Menjalar, Tanam Dalam Tong Ini Saja! Begini Cara Buatnya

Share

Teringin nak tanam pokok kacang panjang, kelisa, timun, peria, petola. Masalahnya tanaman menjalar begini perlu ruang banyak.

Tapi bagi yang nak juga cuba tanam di rumah yang kawasan tak luas, boleh guna cara yang dikongsi oleh Ammu Man.

Menggunakan tong sampah dan batang paip sebagai bekas tanaman, ia digunakan untuk menanam anggur namun katanya cara ini juga sesuai untuk jenis tanaman menjalar.

Cara tanam pokok menjalar dalam tong sampah

Barang diperlukan:

  • Tong sampah
  • Batang paip putih (jenis yang selalu diguna untuk buat wiring) atau batang paip 1/2 inci( pilih yang mana rasa sesuai)
  • Cable tie
  • Dawai(beli di hardware timbang kilo (saya beli untuk pagar chain link jadi agak tebal)
  • Drill untuk tebuk lubang

Kenapa pilih tong sampah?

Sebab saiznya yang sesuai, harga pun murah RM13 saja, tahan lasak dan mudah pengurusan. Ada pemegang bahagian tepi, mudah nak angkut letak di mana-mana pun boleh. Jika pecah kita beli baru lapis saja.

Cara membuat

1. Tebuk lubang bawah untuk buang air lebih. Saya tebuk juga tepi untuk ikat batang PVC.

2. Ikat batang paip dengan cable tie atas dan bawah.

3. Sediakan dawai, potong dan buat bentuk bulat. Supaya dawai tak melurut, tebuk lubang batang paip ikat dengan cable tie. Siap!

4. Dah boleh letak media. Ini untuk tanam anggur biasanya saya guna Topsoil+ sekam bakar+sekam mentah+ baja organik( najis kambing dan sewaktu dengn organik. Jika nak ringan banyakkan sekam tapi medium akan cepat kering, jadi boleh tambah cocopeat sikit untuk bagi kelembapan lebih lama. Nisbah asas 2:1:1 atau ikut cita rasa.

Ini pokok anggur dan markisa yang ditanam guna kaedah ini, boleh guna untuk tanam pokok sayur jenis menjalar guna.

Semoga bermanfaat.

Sumber: Ammu Man.

Published by
VK