Rumah harum dan wangi barulah penghuni rasa nyaman.  Untuk harumkan satu rumah juga tak perlu beli berbotol-botol pewangi kediaman.

Kita boleh DIY sendiri saja menggunakan bahan pembersih yang memang sedia ada di rumah. Dikongsi oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit, dengan hanya menggunakan tiga bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.

Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap!

Sesuai sangat untuk kita buat terutama bulan Syawal ini, ramai tetamu yang datang beraya.

Rumah Harum Dan Wangi, Bancuh 3 Bahan Ini Dan Semburlah Sesuka Hati

Ads

Rumah harum dan wangi, bancuh 3 bahan ini 

Bahan-bahan:

Pembersih serbaguna Ajak
Pelembut pakaian Downy
Baking soda
Air panas

-Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!

@kozynlit We are so happy giving this candle to @/ kak belle. Thank you kak belle for this review 🤍🥰 #candles #raya2020 #smallbusiness #smallbusinesscheck ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

 -Lantai jadi bersih berkilat

Ads

-Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.

-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam.

-Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.

Ads

Tip ekstra

Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.

Rumah Harum Dan Wangi, Bancuh 3 Bahan Ini Dan Semburlah Sesuka Hati

Selamat mencuba.

Sumber: Kozy & Lit

Baca lagi: Buat Sendiri Pewangi Rumah Guna Limau & Pelembut Pakaian. Buat Sebiji Pun Harum, Tahan 2 Minggu

Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI