Tip Murah & Mudah Satu Rumah Bau Harum. Cuma Bancuh 3 Bahan Ini Dengan Air Panas

Share

Rumah yang bersih saja macam tak sempurna, kalau boleh kena wangi juga barulah best. Untuk harumkan satu rumah tak perlu beli berbotol-botol pewangi kediaman.

Kita boleh DIY sendiri saja menggunakan bahan pembersih yang memang sedia ada di rumah. Dikongsi oleh pemilik akaun Tik Tok Kozy & Lit

, dengan hanya menggunakan 3 bahan berikut, kediaman bukan saja bersih malah satu rumah bau harum.

Ujarnya tip ini diperoleh dari laman Pinterest dan dicuba memandangkan semua bahan ada di rumah. Tak sangka hasilnya memang mantap!

Cara bersih dan wangikan satu rumah

Bahan-bahan:
Pembersih serbaguna Ajak
Pelembut pakaian Downy
Baking soda (klik SINI untuk beli)
Air panas

-Bancuh semua bahan, sukatan agak-agak saja. Boleh guna untuk lap lantai, dinding, cermin, dapur dan meja. Hasilnya memang best!

@kozynlit We are so happy giving this candle to @/ kak belle. Thank you kak belle for this review 🤍🥰 #candles #raya2020 #smallbusiness #smallbusinesscheck ♬ Raya Raya Raya – DOLLA

 -Lantai jadi bersih berkilat

-Lap dinding dengan bancuhan ini, harum bau satu rumah. Paling penting bersih.

-Lap di bahagian dapur memang hilang terus bau kepam.

-Boleh guna untuk lap cermin dan meja, memang berkilat hasilnya.

Tip ekstra

Kalau tak sempat basuh langsir, bancuh saja baking soda bersama dengan Downy dan air. Kemudian boleh sembur pada langsir dan sofa.

Selamat mencuba.

Sumber: Kozy & Lit

Published by
VK