Mula hari ini ramai mak-mak yang packing barang untuk pulang beraya. Bab ini sebenarnya mencabar terutama kalau yang ada anak lebih tiga orang dan masih kecil.
Bayangkan kalau nak cuti seminggu berapa banyak baju dan kelengkapan lain yang perlu dibawa. Supaya tak pening boleh ikut tip packing dari Hani Mynis
.Kalau balik seminggu takkan nak bawa baju untuk seminggu jugak kan. Penuh kereta dengan pakaian nanti. Jadi boleh packing baru untuk 3 hari. Lepas 3 hari recyle baju yang sama selepas dibasuh.
Boleh buat senarai begini. Lengkap!
Selain dari mengurangkan kedut cara ini juga jimat ruang dalam beg. Jadi boleh letak lebih banyak barang lain. Untuk kain yang lembut ikat dengan getah supaya tak terburai
Untuk baju raya seperti baju kurung gulung sekali dengan tudung, begitu juga dengan baju Melayu, gulung dengan sampin/kain pelikat. Buat begini untuk semua anak.
Untuk lebih mudah asingkan beg baju raya dengan pakaian harian supaya tak perlulah punggah beg di pagi raya nanti. Semua keperluan raya ada dalam satu beg, termasuklah songkok.
Asingkan untuk setiap anak supaya senang cari. Masuk juga stoking, sapu tangan dan lain-lain.
Supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8. Bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
Untuk pakaian anak, baju dan seluar nya hani gulung dan securekan dgn getah. Kalau minta suami tolong ambilkan pun takde masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun takpe dari kurang sbb budak budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung.
10. Atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas utk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Tudung instant, kardigan
Balik kampung takkan dan sepanjang masa pakai tudung lilit. Bila ada yang datang terus jer sarung tudung instant dan kardigan. Tak perlulah nak tukar baju bagai.
Medical kit
Satukan dalam bekas ubat harian yang perlu diambil begitu juga ubat anak seperti ubat demam, batuk, selesema atau alahan. Mana tahu tak sihat di kampung, klinik pula tutup waktu hari raya.
Charger, power extension, seterika
Kalau terlupa alat ini kita mungkin terpaksa menunggu giliran untuk charge telefon dan juga seterika baju.
Sumber: Hani Mynis