Mesti ramai kalangan kita yang suka buat kek sendiri. Bila dah baking satu perkara yang remeh untuk kita buat adalah cuci whisker mixer.
Kena bersihkan satu persatu jaringnya dan kena basuh dengan cermat. Jika bengkok boleh jejaskan tekstur adunan.
Lagi satu bila dah bengkok atau rosak dan nak tukar kos whisker ini juga bukan murah, lebih RM100 juga.
Tapi ada satu tip yang dikongsi oleh Syh Bakers melalui akaun TikTok yang boleh diguna pakai oleh kita.
Bakers mungkin dah tahu tip ini, tapi yang belum tahu boleh praktikkan setiap kali selepas baking untuk mudahkan kerja mencuci whisker mixer. Caranya mudah sangat;
1. Selepas selepas menggunakan alat ini, masukkan air dan juga sabun ke dalam mangkuk mixer.
2. Kemudian lock dan putarkan menggunakan kelajuan medium seketika.
3. Bila nampak whiskers dah bersih bolehlah tutup dan keluarkan. Memang bersih hasilnya.Tak perlu cuci satu persatu bilah.
INFO: Tip yang sama juga boleh digunakan untuk cuci blender.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Syh Bakers