Cuaca di negara kita yang selalu panas berserta hujan menyebabkan ramai yang memilih menambah awning di kediaman sama ada di depan atau belakang rumah. Mudah untuk letak kereta atau jemur baju.
Cuma sekarang ada banyak jenis awning atau sengkuap yang tersedia menyebabkan kita keliru memilih mana satu yang terbaik dan mengikut bajet. Bagi yang bercadang nak membina awning di rumah info yang dikongsi oleh Lee Wai Wan boleh dijadikan rujukan.
Info tentang sengkuap (Awning)
Sengkuap adalah merupakan atap yang dipasang di rusuk atau di belakang rumah (sebagai tambahan sahaja): malam hari, bukan tidur di lepau atau di dalam rumah (Kamus Dewan).
Sengkuap ini boleh dibuat menggunakan pelbagai jenis bahan bergantung pada bajet serta selera tuan rumah. Berikut adalah jenis-jenis awning:-
1) Metal deck
Awning jenis ini adalah diperbuat menggunakan PPGI, Zincalume ataupun Aluzinc dengan ketebalan yang berlainan. Lagi tebal, lagi tahan lama serta tahan kemek apabila seseorang naik ke atas untuk kerja ataupun melakukan kerja penyelenggaraan seperti servis compressor pendingin hawa. Ia lebih bising apabila hujan. Sebaiknya dipasang satu keping panjang tanpa sambungan untuk elakkan bocor.
2) Clip Lock System
Ia diperbuat dari PPGI, Zincalume ataupun Alurzinc di mana ia tidak mempunyai sebarang skru di bahagian atas. Ia mempunyai klip yang terletak di bawahnya dan dipasang dengan meletak kepingan bumbung ini atas klip dan ia akan memegang bumbung itu dengan kukuh. Bumbung ini sesuai untuk kadar kecerunan yang rendah. Ia tidak sesuai untuk dibuat sambungan secara memanjang.
Ads
3) Polyurethane Foam Roof (PU Foam)
Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa.
4) Polycarbonate
Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat dari plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila ia mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. Semasa petang, anda akan dengar bunyi klik klak sebab ia sedang mengembang dan mengecut. Ia mempunyai jenis yang panas dan ada juga jenis yang tidak terlalu panas.
5) Fibre simen (masih dipanggil Abestos walaupun tidak lagi guna bahan ini)
Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah ia tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, ia akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. Perlu berhati-hati semasa berjalan di atasnya terutamanya bumbung yang telah lama dipasang. Ia rapuh dan silap pijak, akan jatuh ke bawah.
Kebiasaan digunakan apabila menginginkan kadar cahaya yang banyak. Sesuai sekiranya anda ingin menjadikannya tempat menyidai kain kerana ia amat panas. Cuma ia tidak tahan lama. Lebih kurang 3 tahun akan mula rapuh. Lagi teruk sekiranya terdapat kucing atau musang yang suka bersantai di atasnya, maka kemungkinan ia akan retak adalah lebih tinggi.
7) Kaca (skylight)
Kaca jenis tempered kebiasaan digunakan serta jenis yang double layer. Ia dipasang kerana Tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. Kekurangannya adalah ia mudah kelihatan sekiranya terdapat kotoran di atasnya serta amat panas. Selain cahaya, ia juga akan menyebabkan kawasan di bawahnya panas.
Ads
8) Sun Shade
Ia boleh diperbuat dari pelbagai jenis bahan. Ada yang diperbuat dari kain dan ada yang diperbuat dari PU polyester. Ada jenis yang diikat pada cangkuk khas manakala ada jenis yang boleh dilipat menggunakan kawalan remote ataupun dipasang pada rangka khas. Cuma jenis ini akan berlubang di sana sini selepas satu ketika bergantung pada kualiti bahan yang digunakan.
9) Aluminium Composite Panel (ACP)
ACP diperbuat dari kepingan Aluminium dan dibahagian tengahnya adalah low density polythene. Ia tahan dengan keadaan cuaca. Ia tidak sebising seperti Metal deck semasa hujan.
NOTA: Dalam semua jenis sengkuap yang dipasang, sering kali kami jumpa satu masalah yang sama iaitu masalah bocor di bahagian sambungan di antara dinding dengan awning kerana tidak diletak sebarang flashing tetapi hanya letak silikon ataupun jika letak pun hanyalah paku pada dinding dan letak silikon.
Ramai yang amalkan minum air lemon kerana manfaat kesihatan dari buah ini. Kalau ini menjadi rutin anda setiap hari lagi elok kalau kita cuba tanam sendiri di rumah.
Boleh tanam dalam pasu saja. Kaedah nak tanam pun senang. Yang kita tahu guna keratan batang tapi kalau nak biakkan benih lemon lagi cepat dan banyak boleh guna kaedah semai guna daun.
1. Ambil daun beserta tangkainya dari pokok limau atau lemon yg dah matang, jangan ambil yang masih muda sebab ia cepat layu dan peratus hidup dan berakar adalah rendah. Pilih daun yang sihat dan tidak berpenyakit.
2. Media semaian adalah tanah kompos atau tanah hitam yang subur. Rendam tangkai daun limau tersebut selama 1 jam dengan menggunakan hormon penggalak akar.
3. Tanam tangkai dan daun sehingga separuh ke dalam media tanaman. Siram mengikut keperluan. Jangan terlalu lembap dan kering. Sungkup dengan plastik lutsinar atau tembus cahaya tanpa lubang. Akar akan tumbuh sekitar 4-6 minggu.
4. Apabila akar kelihatan, bolehlah pindahkan ke polybag atau pasu besar. Tunas baru akan keluar di celah-celah batang daun tadi.
Kaedah hasilkan benih melalui daun ini juga boleh dilakukan untuk limau kasturi, limau bali, limau purut.
Selain hidangan berasas mi, menu pasta juga sudah terbiasa dengan kita termasuklah makaroni.
Jika selalu digoreng pedas seperti mi, apa kata buat buat makaroni cheese goreng seperti perkongsian Ziera Johari. Lebih enak dan menurut beliau menu ini selalu diminta oleh rakan jika datang ke rumah. Cara memasak pun mudah.
Dalam bulan Syawal ini kita memang sentiasa kena sedia dengan kehadiran tetamu yang datang beraya. Menu untuk jamu tetamu pun elok juga dah ada dalam fikiran supaya senang nak masak nanti.
Salah satu yang boleh kita hidangkan adalah nasi hujan panas! Guna beras biasa pun boleh, hidang dengan ayam masak merah bersama acar mentah. Setel.
Ringkas dan sesuai sangat untuk hidangan tetamu yang datang waktu tengah hari atau malam. Cara membuat boleh ikut perkongsian Raja Amanina.
Cara masak nasi hujan panas, menu ringkas jamu tetamu beraya
Bahan-bahan:
Beras-cuci dan toskan (boleh gunakan beras basmati juga suka)
Air (ikut sukatan beras)
1 biji bawang besar -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia -dikisar
3 sudu makan -butter atau marjerin
1 cawan susu cair
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang, pelaga)
Daun pandan
1 batang serai diketuk
Secubit garam
Pewarna hijau, kuning & merah
Cara membuat
Panaskan periuk cairkan marjerin dan tumis bahan kisar, 4 sekawan, daun pandan dan serai hingga naik bau.
Masukkan susu cair dan beras
Tambahkan air & garam.
Tunggu hingga mendidih dan nasi mula kering &titikkan pewarna di tempat berasingan. Tutup periuk
Biarkan seketika dan gemburkan nasi pakai garfu
Ayam Masak Merah Kenduri
Bahan-bahan:
10-12 ketul ayam kunyit garamkan dan goreng separuh masak
2 biji bawang besar -dikisar
5 ulas bawang merah -dikisar
3 ulas bawang putih -dikisar
1 inci halia
1biji bawang besar -dihiris
2 genggam cili kering rebus & kisar hingga halus
3 batang serai diketuk
2 helai daun limau purut
3 biji tomato
3 sudu makan sos cili
4 sekawan(kayu manis, cengkih, lawang &pelaga)
Asam keping
Gula garam secukup rasa
Cara membuat:
Tumis bawang bersama serai, 4 sekawan hingga wangi & masukkan cili kisar masak hingga pecah minyak.
Masukkan tomato, sos cili & daun limau purut.
Tambahkan sedikit air,asam keping dan masukkan ayam.
Masak hingga pecah minyak tambahkan bawang hiris dan perasakan gula garam
Acar Timun
Bahan-bahan
2 biji timun
Sedikit kubis -dihiris
Lobak merah -hiris
Cili padi -dihiris
Bawang besar 2 biji -dihiris
Sedikit pewarna kuning (optional)
Cuka 1 senduk kecil
Gula
Garam
Sedikit air
Cara membuat:
Campurkan semua bahan gaul sebati perasakan gula dan garam agar rasanya seimbang.
Kereta keluar bunyi lain macam sewaktu memandu adalah petanda masalah. Seperti penyakit, biasanya sebelum kereta rosak akan ada tanda-tandanya. Masalah kereta ini boleh antaranya...