Selera kita berbeza, ada yang suka masakan pedas dan ada yang tak. Tapi jadi masalah bila tersilap pilih cili kering yang selalu kita guna dalam masakan

Walaupun cili kering kebanyakkan warnanya merah tapi ia ada bezanya. Malah cili kering ini ada kategori berdasarkan bentuk yang membezakan tahap kepedasannya.

Ramai yang tak tahu kan. Perkara ini dikongsi oleh Puan Rohani AbWahab yang turut menurunkan tip membezakan cili kering pedas dan tidak pedas.

IKLAN

Tip pilih cili kering

Tip Pilih Cili Kering Yang Pedas ‘Giler’, Kurang Pedas & Tak Pedas

Kebelakangan ini ramai yang mengadu tentang cili pedas. Di sini saya share tip untuk pilih cili tak pedas, kurang pedas dan terlebih pedas.

Caranya sila rujuk gambar di atas.

IKLAN

1. Cili nombor 1 dalam gambar di sebelah kiri memang nampak cantik dan tak berapa kering kulitnya. Nampak berkilat tapi jangan percaya sangat dengan kelembutan wajahnya. Sebabnya inilah jenis cili kering ‘puaka niyang rapik’ punya rasa. Ekstra pedas, kalau makan rasa macam nak tumbuk orang sebelah.

2. Cili nombor 2 (gambar tengah) ini nampak kering kontang bagai gurun sahara. Yang ini jenis cili kering pedas biasa. Pedas yang mungkin kanak-kanak boleh makan dan senyum lagi..

IKLAN

3. Cili kering nombor tiga ini nampak macam terlebih kolagen. Berkilat tapi rasanya langsung tak pedas. Kalau anak-anak makan mereka boleh ketawa girang sebab boleh makan nasi sambal extra.

 

Sumber: Rohani AbWahab

Selain itu:  Buat Sendiri Sabun Basuh Pinggan Guna Lebihan Minyak Menggoreng. Tak Membazir & Boleh Jimat
Life-hacks petik jari je! Jom baca VANILLA KISMIS seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI