Tip Pilih Kaca Mata Hitam Ikut Bentuk Wajah Supaya Impak Gaya Persis Selebriti

Share

 

Dalam keadaan cuaca di negara kita yang sentiasa panas ini, cermin mata hitam antara aksesori yang wajib kita ada. Menariknya ia juga sangat membantu dalam menyerlahkan gaya seseorang.

Tapi kalau pilihan cermin mata hitam itu dibuat dengan tepat. Dalam pemilihan kaca mata ini, paling penting diperhatikan adalah bentuknya dan ia perlu disesuaikan dengan bentuk wajah kita.

Jika kena dengan wajah, anda akan tampil menarik malah boleh kelihatan persis selebriti. Bagi anda yang ingin membeli kaca mata hitam boleh ikut panduan ini ya.

1. Bentuk wajah bulat

Cari bentuk kaca mata yang boleh memberi kesan wajah lebih panjang. Pilih kaca mata bentuk bersegi, mata kucing dengan bingkai yang gelap dan bahagian atas tidak menutupi alis.

2. Bentuk wajah bujur

Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai yang panjangnya selebar wajah atau sedikit besar, bentuk empat segi, bulat atau bujur tapi bahagian atas perlu selari dengan alis.

3. Bentuk wajah segi tiga

Pilih bingkai yang agak bulat untuk mengimbangi bentuk wajah. Panjang kaca mata perlu sama dengan wajah dan cari bingkai berbentuk bujur, bulat atau bentuk titisan air.

4. Bentuk hati

Jangan pilih kaca mata yang besar, sebaliknya pilih bingkai cermin mata jenis bulat dengan panjang sama dengan wajah. Pastikan bahagian atas tidak menutup alis.

Bentuk wajah petak

Pilih cermin mata hitam dengan bingkai besar dan bahagian atas yang luas. Bahagian bawah tidak boleh mempunyai garis besar persegi atau tajam.

Sumber: www.brightside.me

 

Published by
VK