Selain tanam sayur dan pokok buah, ramai juga yang memilih untuk tanam bunga. Sedap dan segar mata memandang laman rumah.
Tapi yang tak syoknya bila bunga yang diharap keluar menghiasi laman tak pun keluar atau sekadar sekuntum dua.
Bagi yang memastikan pokok bunga memang betul-betul berbunga mencantikkan laman boleh ikut tip yang dikongsi oleh Siti Saja. Geram tengok kemeriahan bunga adenium yang ditanam.
Ads
Cuma guna Yakult & telur
Penat lelah berkebun terubat juga dengan melihat indah mekarnya bunga seperti bunga adenium ini.
Berkebun bungalah pula kita, terapi mata dan minda. Ramai yang bertanyakan guna baja apa, jadi saya kongsi di sini. Selain baja kopi, saya gunakan semburan baja Yakult.
Cara buat baja yakult
Ads
1 botol Yakult perisa original
2 biji telur
Cara membuat:
Ads
Campur kedua-dua bahan dalam botol mineral dan peram 3 hari. Pastikan tutup secara longgar.
Setelah 3 hari ambil 10ml bahan peraman dan campurkan dengan 1 liter air.
Terus spray pada pokok dari atas sampailah ke tanah.
Tengok dapur rumah orang lain yang cantik siap dengan island kitchen, kita pun teringin juga. Tapi masalahnya dapur kecik dan bajet tak berapa besar.
Jangan risau boleh ikut idea @yatt_azml ini. Memiliki dapur dengan keluasan terhad dia mengolah sendiri island kitchen ikut kesesuaian dapurnya. Paling menarik kosnya pun cuma lebih kurang RM300 saja.
DIY island kitchen untuk dapur kecik
Teringin nak ada kitchen island tapi dapur tak besar? Bajet pun tak banyak?
Takpe, DIY saja.
Island kitchen ini semua dibuat sendiri, dengan barang dibeli dari Ikea. Total dalam RM300 saja. Tinggi 86cm x panjang 92cm x lebar 53cm.
Beli 4 barang ini, siap island kitchen idaman
Memandangkan island ini menggunakan chopping board pesan beliau sangatlah penting untuk beli treatment oil. Tujuannya untuk elakkan board cepat rosak or patah.
Cara menggunakannya, lap saja papan guna kain atau tisu sekurang-kurangnya sebulan sekali. Kalau hari-hari guna buat lah 2 minggu sekali.
Hasilnya…boleh jadi dapur raya
Kalau barang di Ikea habis stok boleh dapatkannya di Shopee. Klik SINI untuk beli rak dan juga klik SINI untuk chopping board.
Ada masa kita nak makan lauk yang ringkas-ringkas saja, dah tak mahu gulai atau sambal yang berminyak atau berlemak.
Kalau datang selera macam ni boleh buat ikan singgang kuning ini. Dalamnya dah ada sayur jadi tak perlu buat sayur goreng. Paling best bila buat ikan singgang kuning ini adalah bab hirup kuahnya. Memang sedap.
Bagi yang tak pernah buat boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Mizah Ngatiman ini. Katanya nak guna ikan apapun boleh untuk buat singgang kuning ini, sama ada selar, kembung, parang atau siakap.
Boleh juga jadikan menu ibu dalam pantang, sebaiknya lebihkan kunyit, halia dan letak lada hitam.
Lauk ikan singgang kuning
Bahan-bahan
4 ekor ikan kembung
1 batang serai-diketuk
Asam jawa
2 tangkai lada besar
1 batang bunga kantan (potong dua)
Bahan ditumbuk
1sb ketumbar
3 ulas bawang putih
1 biji bawang merah
2 inci halia
2 inci kunyit hidup
Cara membuat:
1. Tumis bahan tumbuk dan serai dengan sedikit sahaja minyak. Biarkan layu
2. Letak air secukupnya ikut banyak mana kuah kita suka. Biarkan mendidih.
3. Masuk ikan, Letak cili, bunga kantan, asam keping dan garam secukupnya
4. Akhir sekali masukkan bendi, bila sayur masak tutup api. Siap.
Musim cuaca panas bahang ni memang syok sangat kalau dapat makan aiskrim. Lagi best kalau dapat makan banyak tanpa had.
Tapi kalau nak macam ni kenalah buat sendiri kan supaya jimat terutama kalau ada anak-anak. Bukan itu saja aiskrim homemade ini dah tentu lebih sihat. Kebersihan terjamin dan kita boleh kawal sendiri kadar gula dan bahan yang digunakan.
Cara nak buat aiskrim homade ni pun bukannya susah. Boleh ikut cara Miera Irayz Nordin ini.
Aiskrim homemade sihat
Anak- suka sangat makan aiskrim. Kedai pula sebelah rumah. Tiap-tiap hari confim mengamuk nak aiskrim. Pening kepala mak pak nak kontrol.
Apa kata kita buat aiskrim homemade, gula boleh kontrol, aiskrim pun terjamin kebersihan serta kita buat aiskrim yg sihat. Yg penting air tangan ibu yg penuh kasih sayang.
Bahan-bahan
1 cawan 1/2 susu segar
1 cawan susu cair
Segenggam badam
Segengam kismis
Sedikit susu pekat( tak letak pun tak mengapa)
Perisa ikut suka. Mama D letak coklat coin, jadi dah manis dari coklat. Nak ganti serbuk coklat pun boleh.
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovalette
Cara membuat:
1) Kismis direndam dahulu selama sejam. Ketepikan. Dah lembut, sedia digunakan.
2) Badam disangai atau beli yg siap sedia dimakan, kemudian kisar hancur.
3) Satukan semua bahan-bahan termasuk kismis yg sudah ditapis air rendaman tadi. Kisar sekejap.
4) Bila kismis dah hancur, masukkan bancuhan dalam pengisar ke dalam pemutar kek. Putar sehingga gebu dalam 15-20 minit dan boleh dimasukkan badam yang siap dikisar hancur.
Salah satu keperluan ketika travel baik untuk urusan bercuti, bekerja, belajar dah tentu bagasi atau luggage. Bagi selalu travel dah tentu perlukan lugage yang...